- 12/06/2021
- Posted by: Team Richworks teamrichworks
- Categories: Business Review, Perkembangan Bisnes
Siapa tidak kenal dengan jenama minuman terkenal ini, Coca-Cola. Kebanyakan kedai makan dan di kedai runcit atau serbaneka ada produk minuman Coca-Cola.
Tahukah anda, air Coca-Cola dicipta pada 8 Mei 1886 di Atlanta, Georgia. Penciptanya, Dr John S Pemberton telah mula mencuba mempromosikan air itu terlebih dahulu kepada pelanggan farmasinya, Jacobs’ Pharmacy.
Terbukti dalam sekelip mata dan air Coca-Cola dijual pada harga lima sen dolar segelas. Rakan perniagaan Pemberton, Frank M Robinson pula telah mengeluarkan nama Coca-Cola. Ia menulis perkataan Coca-Cola di dalam tulisan kaligrafi Spencerian yang kekal digunakan sebagai logo sehingga hari ini.
Malah difahamkan, hingga hari ini hanya beberapa orang di dunia yang mengetahui formula rahsia Coca-Cola. Formula Coca-Cola ini disimpan di Bilik Kebal Formula Rahsia di World of Coca-Cola di Amerika Syarikat.
Hingga hari ini, air coke atau Coca-Cola ini masih mendapatkan kedudukan tertinggi dan menjadi raja berbanding pesaing lain. Coca-Cola beroperasi pada lebih 200 negara termasuk Malaysia.
Di Malaysia, sistem pembuatan Coca-Cola, pemasaran dan pengedaran dibuat lebih 20 produk minuman seperti Coca-Cola, Fanta, Sprite, A&W, Schweppes, Coke light, Coke zero, Minute Maid Pulpy, Heaven and Earth, Aquarius and Dasani.
Keberadaan global Coca-Cola :
Salah satu kunci kejayaan Coca-Cola adalah mempunyai global presence atau keberadaan global yang kuat. Jenama begitu dikenali ramai dengan peruncit menerima hingga 20% margin untuk mengambil produk-produk Coca-Cola.
Mengikut laporan Beverage Digest, sejak sekitar sedekad lalu, perkongsian pasaran Coca-Cola meningkat daripada 17.3% kepada 17.8% manakala Pepsi menurun daripada 10.3% kepada 8.4%.
Mengapa peningkatan dan penurunan ini berlaku bagaimana mereka boleh terus dikenali hingga hari ini?
Mula berubah, pelbagaikan produk
Orang ramai mula mengelakkan minuman bergula dan bergas. Hal ini membuatkan jenama seperti Coca-Cola dan Pepsi mula melabur kepada alternatif yang lebih sihat.
Mereka mempelbagaikan produk minuman malah pesaing Coca-Cola juga telah menceburi dalam jenama makanan apabila bergabung dengan Frito-Lay dan memiliki Quaker Oats.
Perubahan suka atau tidak perlu dilakukan, dulunya Coca-Cola hanya ada satu air minuman dan mengikut trend dan peredaran zaman, mereka telah mempelbagaikan jenis minuman. Hal ini dapat membantu untuk terus kekal relevan dan mendapatkan tempat di hati pelanggan.
Mereka juga tidak berhenti membuat marketing bagi terus mempromosikan kepada generasi muda dan orang ramai.
Mereka juga membuat botol Coca-Cola ‘personalise’ di Australia dengan boleh menulis nama sendiri. Strategi itu kemudian menyaksikan peningkatan sekitar 10%. Kemudian ia dilancarkan di UK dan menyaksikan peningkatan sekitar 5% dalam jualan.
Contoh di atas ini menunjukkan bahawa jenama besar seperti Coca-Cola juga perlu terus tambah baik dan buat pembaharuan untuk mengekalkan jenama terus kekal dalam ingatan pelanggan.
Mereka tidak mahu jadi seperti jenama sangat terkenal suatu waktu dahulu seperti Kodak, Nokia dan Blockbuster yang telah jatuh dan ‘hilang’.
Jadi, apakah yang anda dapat daripada kisah Coca-Cola ini? Sudah dapat idea mungkin nak buat personalise bagi produk atau servis anda?
Berikut kami kongsikan beberapa idea untuk anda boleh bermula.
3 idea untuk personalise produk atau servis anda :
- Apa lagi yang pelanggan anda mahukan yang anda boleh tawarkan kepada mereka?
- Berikan sikit hadiah kepada pelanggan sedia ada sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di samping mengingatkan anda bersama mereka. Jadikan ia ‘personal’,
- Hantar kad atau e-kad dengan tulisan sendiri dengan mesej yang boleh mereka simpan dan paparkan kepada orang lain atau hubungi mereka untuk bertanya kabar.