- 27/03/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Category: Uncategorized
Motivasi diri penting yang boleh membuatkan kita terus komited untuk berusaha mencapai impian yang dikehendaki. Tanpa motivasi, susah untuk seseorang itu berjaya.
Dalam bahasa Inggeris, ‘motivation‘ mengandungi motive and action iaitu motif atau niat seseorang itu dan tindakan daripada mereka untuk mencapai apa yang nak dicapai.
Sebab itu kita perlu tahu bagaimana untuk memotivasikan diri sendiri walau dalam keadaan apa jua sekalipun. Ketika susah atau senang, anda perlu motivasikan diri untuk terus bergerak ke depan.
Semangat kita juga dapat jadi lebih tinggi meskipun hujan panas yang melanda. Malah kita juga akan lebih berfikiran positif untuk meraih kejayaan.
Bila seseorang itu ada motivasi, mereka akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan tindakan. Seterusnya ia akan membawa kepada kejayaan demi kejayaan, insyaAllah.
Berikut kami kongsikan beberapa cara untuk memotivasikan diri anda. Bukan setiap hari semuanya akan baik-baik saja, ada masa mungkin anda akan down, lemah tapi apa lebih penting bagaimana untuk bangkit kembali.
3 cara untuk motivasikan diri untuk berjaya :
Keinginan yang kuat
Keinginan yang kuat akan menimbulkan motivasi diri untuk mencapai impian atau target anda. Maka apa-apa cabaran dan halangan yang ada akan cuba diatasi dengan apa cara sekalipun.
Sebab itu, bila merasa keinginan itu semakin lemau, apa yang perlu anda lakukan ialah melihat kembali kepada big why dan matlamat anda.
Vision board atau 1,001 matlamat anda
Lihat anda punyai vision board atau senarai 1,001 matlamat anda setiap hari. Kalau boleh setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur. Vision Board merupakan jenis koleksi gambar yang merujuk kepada perkara yang anda ingin capai dalam hidup atau impian.
Langkah ini dapat buatkan anda terbayang malah tertanam dalam minda anda bila selalu membayangkannya sudah capainya setiap hari. Ia sangat berkesan dengan bantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai dalam minda.
Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu. Contohnya dengan membayangkan anda tinggal dalam rumah idaman boleh buatkan anda rasa bermotivasi serta bersemangat.
Berfikiran positif dan fokus kepada tindakan
Perkara ini penting, sebab itu perlu fikir yang baik-baik setiap hari dan fokus kepada tindakan. Minda kita sangat power yang boleh digunakan untuk mencapai apa sahaja yang kita henda di dalam kehidupan.
Malah MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ada mengatakan bahawa apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat semuanya adalah doa. Yang mana ia boleh menjadi realiti.
Semoga cara yang dikongsikan di atas dapat membantu kita memotivasikan diri lantas membantu untuk mencapai kejayaan masing-masing. InsyaAllah.
Perkongsian yang sangat membantu…terima kasih Richworks.
Terima kasih