Bazar Ramadan Dibatalkan, Apa Boleh Usahawan Lakukan?

Bazar Ramadan dan Aidilfitri merupakan antara tradisi yang dinanti-nantikan di dalam bulan Ramadan ini. Masa untuk keluarga, anak, bapa atau ibu untuk mencari juadah makanan, lauk-pauk dan kuih-muih serta pakaian raya yang sinonim dengan bazar.

Contohnya, bubur lambuk, murtabak, tepung pelita, roti john, roti jala, air katira dan lain-lain lagi. Pada tahun lalu, kebanyakan bazar Ramadan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi berikutan pandemik yang melanda.

Dan pada tahun ini, kebanyakan tempat membenarkan Bazar Ramadan beroperasi dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan.

Namun terdapat negeri dan beberapa tempat tidak dibenarkan bazar beroperasi seperti bazar di Kelantan dan Kuching di Sarawak susulan peningkatan berterusan kes jangkitan C0VID-19.

Mana-mana gerai yang beroperasi dalam bazar Ramadan dan Aidilfitri atau bazar itu sendiri akan diarah tutup sekiranya gagal mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

Apa boleh usahawan lakukan?

Sehubungan itu, apakah yang boleh usahawan-usahawan terlibat boleh lakukan bagi meneruskan operasi mereka ketika ini?

Sepertimana kata MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa untuk mencari jalan dan tumpuan kepada perkara yang berada dalam kawalan sendiri berbanding benda di luar kawalan kita.

“Kita fokus kepada apa kita boleh control & buat vs apa yang kita tak boleh control & buat”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Pertama, tanpa bazar pun usahawan boleh beroperasi seperti biasa. Mereka masih boleh beroperasi di kawasan yang dibuka sebelum ini. Meskipun tidaklah semeriah bazar dengan kedatangan pelanggan yang lebih ramai, usahawan masih boleh berniaga dan mempromosikan produk mereka.

Persoalan di sini, bagaimana untuk usahawan itu nak memberitahu kepada bakal pelanggan di mana mereka berniaga? Mungkin bagi pelanggan sedia ada sudah tidak ada masalah, namun mereka juga sebenarnya perlu ada engagement bersama kita.

Sebab itu, pentingnya database pelanggan anda yang disimpan sebelum ini. Mereka ini lebih mudah untuk mendapatkan repeat sale sebab sudah tahu, rasa dan ada pengalaman dengan produk atau servis yang bisnes anda sediakan.

Cari jalan untuk berhubung dengan pelanggan sedia ada melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter serta WhatsApp. Sampaikan ucapan salam sempena Ramadan ini di samping maklumkan kepada mereka bahawa anda masih beroperasi di lokasi berkenaan.

Mereka tentunya nanti akan mencari anda untuk mendapatkan juadah makanan mahupun barangan Aidilfitri nanti.

Selain itu, kini ramai orang sudah beralih kepada online. Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita mempunyai akaun media sosial dalam pelbagai platform percuma. Justeru itu, keberadaan anda secara online perlu ada dan mudah dicari orang ramai.

Pastikan anda ada akaun Google My Business yang merupakan salah satu ‘alat’ penting bagi usahawan meningkatkan keberadaan bisnes dalam peta digital. Anda juga boleh memasukkan lokasi bisnes dalam peta aplikais Waze yang akan memudahkan pelanggan atau bakal pelanggan mencari lokasi bisnes anda.

Selain itu, untuk bagi orang lebih nampak bisnes anda bolehlah buat bunting yang ‘power’. Bunting yang dapat menarik perhatian orang untuk mencuba dan mendapatkan produk atau servis anda.

Bagi platform media sosial, rajin-rajinlah buat Live. Kongsikan apa anda buat dan apa yang mereka boleh dapatkan daripada produk atau servis anda. Semua ini tanpa kos pun, cuma kos suara, tenaga dan keberanian anda saja.

Untuk nak belajar dan ketahui lebih lanjut bagi mendapatkan panduan dan tips penting serta yang nak mula berniaga dengan betul, jangan terlepas untuk sertai program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Nak Mula Berniaga (NMB) pada 23 – 25 April nanti.

Program ini ditaja sepenuhnya RichWorks, tanpa sebarang pembayaran buat usahawan dan bakal usahawan di luar sana. Program ini bagi mereka yang serius nak mulakan bisnes dengan lebih baik dan menyaksikan perkembangan positif dalam bisnes masing-masing.



1 Comment

  • As

    Aha dari penulisan ni ialah 3 tip untuk bagi orang nampak bisnes kita:
    1. Google my bisnes
    2. Bunting yg power
    3. FB live secara konsisten

Leave a Reply