Tips Mula Pemasaran Di Instagram

Tahu tak, anda boleh berniaga di Instagram? Kalau dah tahu, bagus. Tapi betul ke ,cara yang anda gunakan?

Bagi orang yang suka mengambil gambar dan kongsi gambar di media sosial, Instagram adalah tempat yang paling sesuai kerana ianya dikhususkan untuk memuat naik gambar dan video yang pendek.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Instagram adalah cara yang terbaik untuk berhubung dengan pelanggan di alam maya tetapi menerusi gambar dan video. Terdapat lebih daripada 400 juta pengguna aktif di Instagram setiap bulan, dan setiap hari 3.5 billion foto di ‘like’.

Menggunakan Instagram untuk tujuan perniagaan dengan kaedah promosi yang betul dapat bantu anda pasarkan produk dengan cepat. Nak tahu tips lain, baca sampai habis ye.

Jika anda nak kami bantu anda memulakan perniagaan atau meletupkan perniagaan anda PM kami sekarang.
Silakan like dan share jika anda rasa tips ini dapat membantu perniagaan anda dan orang-orang yang anda kenal.

1. Gambar berkualiti.

Mulakan Instagram anda dengan gambar yang berkualiti. Ini kerana, dengan gambar yang cantik dan berkualiti, pemasaran Instagram anda akan lebih efektif dan professional.

Cari idea untuk menjadikan gambar anda lebih unik untuk menarik lebih ramai pengunjung dan menonjol dari ribuan gambar yang lain.

2. Biodata dan link.

Pastikan Instagram anda mempunyai biodata anda. Ianya hendaklah yang mudah diingati, ringkas dan unik. Semasa mendaftar ‘username’, pastikan anda tidak memilih nama yang terlalu panjang.

Nama merupakan identiti kepada sesuatu produk. Jika boleh, sertakan bersama ‘tagline’ untuk jenama anda dan ‘link’ perniagaan anda seperti Facebook atau Blog.

3. Target Follower.

Semestinya pengikut anda ialah orang yang benar-benar ingin beli produk atau perkhidmatan yang anda sediakan.

Sekiranya anda berniaga produk kecantikan atau barangan berkaitan wanita, target ‘followers’ anda mestilah golongan wanita yang sudah bekerja atau pelajar kolej atau universiti.

Pastikan juga, sekiranya anda ‘follow’ seseorang di Instagram, dia juga akan follow anda balik (F4F).

4. Hashtag dan tagging.

Salah satu cara yang berkesan ialah menggunakan ‘hashtag’ (#) dan ‘tagging’. Untuk ‘hashtag’, anda boleh mengambil peluang dengan menggunakan ‘hashtag’ yang popular atau sedang ‘trending’.

Ini secara tidak langsung, apabila seseorang klik ‘hashtag’ tersebut, barangan atau produk anda akan muncul bersama. TETAPI, sila gunakan ‘hashtag’ dengan penuh etika.
Jangan pula anda sibuk nak war-warkan bisnes anda dalam #hashtag yang tak bersesuaian, contoh anda buat posting pasal produk kecantikan, dengan gambar yang ceria dan gembira tapi gunakan #savegaza atau #prayforsyria, kan tak sesuai ‘tu?
Untuk penggunaan ‘tagging’ pula, anda boleh meminta rakan-rakan anda ‘tag’ menggunakan jenama produk atau servis yang anda sediakan (cross tagging).

5. Caption yang memukau.

Setiap gambar yang anda muat naik, jangan lupa untuk meletakkan ‘caption’ yang menarik dan memukau pembaca.

Ulas sedikit mengenai produk dan servis yang anda sediakan.

Ia tidak memerlukan kata-kata yang panjang, cukup sekadar ayat yang ringkas tapi padat dan bermakna.6. Hubungkan Instagram dengan Facebook atau Twitter.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Instagram boleh dihubungkan bersama Facebook atau Twitter. Maksud yang lain, sekiranya anda memuat naik (upload) gambar anda di Instagram atau Twitter, secara automatiknya gambar tersebut akan keluar di Facebook dan Twitter.

Ini secara tidak langsung, anda telah mempromosikan produk dan servis anda di tiga media sosial dalam waktu yang sama. Ia telah menjimatkan masa anda.

insta_blog-6600

7. Masukkan video.
Anda juga boleh memuat naik video tutorial yang anda rakam dan ‘edit’ di Instagram. Jika dahulu, ‘limit’ video adalah 20 saat, sekarang ia di’upgrade’ ke 1 minit.
Dengan satu minit ini, anda boleh memuat naik video yang berkualiti yang boleh dijadikan rujukan oleh pengguna Instagram. Selain itu, perniagaan anda akan lebih lengkap dengan video tutorial tersebut.

insta_blog-9600

8. Konsisten.
Sebagai seorang peniaga, anda mesti konsisten dalam memuat naik atau mengemaskini status anda di Instagram atau media sosial yang lain.
Sekiranya tiada barangan atau produk yang ingin dipromosikan, anda boleh memuat naik kata-kata motivasi, hadis-hadis, peringatan dan perkara-perkara yang bermanfaat kepada pelanggan atau pengikut anda.

insta_blog-5600

9. Promosi atau free gift.
Jangan kedekut untuk menghargai pelanggan setia anda.
Apa kata sekali sekala anda melakukan ‘event’ seperti ‘contest’ dengan menawarkan hadiah yang menarik.
Pastinya ia akan mendapat sambutan dan secara tiadak langsung memperkenalkan lagi barangan anda.
Jika anda tidak berbuat demikian, mereka mungkin akan ingat yang anda sudah tidak aktif lagi.



3 Comments

Leave a Reply