Pemasaran Digital dan Tradisional: Kebaikan dan Kelemahan

Melihat pada trend pemasaran masa kini, peredarannya terlalu pantas. Pada masa yang sama juga, market pasaran yang ada sudah bertukar dari tradisional kepada digital.

Buat para peniaga dan usahawan di luar snaa, mereka perlu beralih menggunakan platform baru agar dapat membatasi pesaing. Lebih mudah jika anda mahir menggunakan kedua-duanya sekali.

Tetapi, bagi yang sedikit berumur, platform digital memberikan sedikit kesukaran buat mereka. Oleh sebab itu, anda perlu faham apkah platform yang sesuai dan terbaik untuk anda jalankan iklan anda.

Dengan pemilihan platform yang betul, anda dapat menjana sale yang padu  disamping anda juga boleh mendapatkan pelanggan yang setia pada produk serta perkhidmatan anda.

Apa itu pemasaran digital?

Pemasaran Digital dan Tradisional

Pemasaran digital merujuk kepada iklan yang disampaikan melalui saluran digital seperti laman web, media sosial, e-mel, dan aplikasi mudah alih yang lain. Dengan menggunakan saluran media dalam talian ini, pemasaran digital adalah kaedah di mana syarikat memperkenalkan barang, perkhidmatan, dan jenama.

Kemudahan teknologi internet yang ada sekarang  membolehkan pelbagai kaedah  pemasaran  dilakukan secara digital.  Para  usahawan  digalakkan  menggunakan  kemudahan  ini  secara  optimum  bagi mencapai mutu perniagaan yang lebih agresif dan inovatif.

Pengguna sangat bergantung pada kaedah digital untuk meneliti produk. Penglibatan pemasaran adalah kaedah untuk membentuk interaksi berguna dengan pelanggan yang berpotensi, anda boleh menyediakan data dan kumpulkannya dari masa ke semasa.

Sekaligus pelanggan sudah bersedia untuk membeli barangan dari perniagaan anda. Antara jenis pemasaran digital yang digunakan adalah:

  1. Website.
  2. Sosial Media Marketing.
  3. Email Marketing.
  4. Content Marketing.

Untuk menggunakan saluran ini dengan betul, anda harus mempunyai pemahaman masing-masing.

  • Pengoptimuman Enjin Carian (SEO).

SEO adalah proses mengoptimumkan kandungan, penyediaan teknikal, dan jangkauan laman web anda, sehingga halaman anda muncul di bahagian atas hasil mesin pencari untuk sekumpulan istilah kata kunci tertentu.

Menggunakan SEO dapat mendorong pengunjung ke laman web anda. Dengan menggunakan kata kunci dan frasa, anda boleh menggunakan SEO untuk meningkatkan penglihatan secara besar-besaran dan memulakan hubungan pelanggan yang berkekalan.

SEO didefinisikan sebagai meningkatkan kedudukan laman web dalam hasil carian dalam talian, dengan itu lalu lintas capaian laman web anda akan lebih organik. Lebih baik jika anda menggunakan kata kunci dan frasa yang popular.

Untuk mudah faham, bila orang google perkataan tertentu pasti laman web anda yang akan duduk di kedudukan teratas. Lagi mudah orang klik dan kenal brand anda.

  • Pemasaran Media Sosial.

Kunci untuk pemasaran media sosial yang berkesan lebih daripada sekadar mempunyai akaun media sosial yang aktif. Anda juga mesti menggunakan elemen sosial ke dalam setiap aspek usaha pemasaran anda untuk mewujudkan sebanyak mungkin peluang perkongsian.

Semakin banyak audiens anda terinspirasi untuk terlibat dengan kandungan anda, semakin besar kemungkinan mereka membagikannya, berpotensi memberi inspirasi kepada rakan mereka untuk menjadi pelanggan juga.

  • Pemasaran E-Mel.

Setelah lebih dari dua dekad, e-mel masih menjadi kaedah terpantas dan langsung untuk menjangkau pelanggan dengan maklumat yang lebih padat.

Hari ini, kempen e-mel yang berjaya perlu disediakan dengan sangat menarik, relevan, bermaklumat, dan menghiburkan agar tidak terkubur di peti masuk pelanggan sahaja. Untuk berjaya, e-mel pemasaran anda harus memenuhi lima sifat utama. Mereka mesti dipercayai, relevan, info diselaraskan di seluruh saluran, dan strategik.

  • Content Marketing.

Content marketing yang berkesan tidak hanya bersifat promosi secara luaran, melainkan ia berfungsi untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada pengguna yang mencari maklumat.

Content yang disediakan juga bukanlah hanya sekadar berbentuk hard sell, perlu juga diselang selikan dengan soft sell agar pengguna tidak rimas dengan posting anda.

Pemasaran Tradisional

Pemasaran tradisional merujuk kepada sebarang jenis pemasaran yang tidak dilakukan dalam talian. Contohnya seperti media cetak, penyiaran, telefon dan iklan luar seperti papan iklan. Surat khabar dan radio juga tidak terkecuali, kaedah pemasaran ini bantu menjangkau khalayak yang disasarkan.

Pemasaran tradisonal bukan sahaja salah satu bentuk pemasaran lama, tetapi merupakan salah satu pemasaran yang lebih diteliti oleh pengguna. Pemasar yang bersandar pada kaedah ini juga sangat berkesan.

Pemasaran tradisional memainkan peranan penting dalam menjangkau khalayak tempatan. Iklan dapat disimpan untuk jangka waktu yang lama jika bersifat fizikal. Selain itu, ada penonton yang lebih mudah dijangkau melalui pemasaran tradisional daripada pemasaran dalam talian.

Pemasaran tradisional adalah pendekatan di mana pemasar mengenal pasti khalayak mereka dan meletakkan iklan di mana penonton mereka akan melihat, mendengar, atau berinteraksi dengan mereka di luar talian.

Contohnya seperti iklan cetak, papan iklan, atau iklan televisyen.

Kelemahan Pemasaran Digital dan Tradisional.

Terdapat beberapa kelemahan bagi pemasaran tradisional. Pertama, perniagaan tidak banyak  atau tidak ada interaksi dengan pengguna yang membeli produk mereka.

Pemasaran digital digunakan dalam talian dan menggunakan iklan berbayar atau organik di media sosial atau Google, pemasaran e-mel, pemasaran influencer pemasaran video dan lain-lain.

Pemasaran tradisional masih realistik dan penting untuk memasarkan perniagaan tertentu. Tetapi pemasaran digital adalah pemacu pendapatan yang semakin penting.

Kekurangan untuk pemasaran digital memang ada. Pemasaran digital bergantung pada teknologi. Apabila laman media sosial tergendala atau dilanda masalah, risiko yang tinggi bakal menanti.

Masalah lain yang mula dihadapi oleh laman media sosial berkaitan dengan keselamatan. Selain itu, pasar peniaga dan usahawan juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknologi seiring dengan peredaran masa.

Kedua-duanya ada pros dan cons yang tersendiri. Lebih baik jika para peniaga dan usahawan menggunakan kedua-dua jenis pemasaran ini untuk menjalankan aktiviti pemasaran secara berkesan.

Sudah tentu ianya akan membawa keuntungan untuk syarikat jika digunakan dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya, kedua-dua teknik pemasaran ini dapat berkembang dengan harmoni jika anda bijak merancangnya.

Semoga dengan perkongsian ini anda dapat mengenal pasti perbezaan antara pemasaran digital dan tradisional dengan lebih mendalam. Jadi, bina bisnes berjaya anda sebaik mungkin. Selamat maju jaya.



Leave a Reply