Usaha Dan Tawakal

Pepatah Arab ada menyatakan, “Man jadda wajada”. Ia bermaksud siapa yang berusaha (insyaAllah) akan mendapat apa yang diusahakan.

Ya perlunya usaha dan tindakan daripada kita dulu barulah bertawakal kepada Allah SWT bukannya tiada buat apa-apa.

Umpama tiada usaha untuk cari ilmu dalam bisnes lepas itu bertawakal saja dalam bisnes dijalankan itu tapi mengharapkan sesuatu kejayaan.

Anda rasa macam mana dengan situasi di atas ini?

Salah pengertian tawakal itu, ia boleh dikatakan lebih kepada ‘alasan’ anda sendiri berikan yang mana hanya sabotaj diri sendiri.

Sesungguhnya, Allah SWT kasih kepada hamba yang bertawakal sebagaimana firman-Nya: “Kemudian apabila engkau sudah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal.” (Ali Imran: 159)

Usaha dan tawakal perlu berjalan seiring bagi kita melakukan sesuatu dan mahu mencapai apa yang dirancang. Apatah lagi ditambah dengan doa yang merupakan salah satu cara bertawakal bagi memohon untuk diperkenankan-Nya.

Berdoalah kepada Allah SWT dengan penuh pengharapan, baik atau buruk hasil sesuatu perbuatan yang sudah atau sedang kita laksanakan semuanya ditentukan-Nya.

Selepas berusaha, kita hanya perlu berserah sepenuhnya kepada Allah SWT bagi menentukan hasilnya. Namun, dalam kalangan umat Islam masih ada yang kurang memahami konsep usaha dan tawakal.

Sehingga tidak bersungguh-sungguh membuat bisnes itu sampai habis sebaliknya menggunakan ‘tawakal’ sebagai jalan keluar daripada tanggungjawab kepada hasil yang akan diperolehi itu.

Sehubungan itu, usaha dan tawakal perlulah dilakukan dalam kehidupan seharian termasuk bisnes agar ia mendapatkan keberkatan dan hasil yang baik kelak.

Usahawan perlu ada usaha dan tawakal dalam segala tindakan yang dilakukan bagi mencapai matlamat masing-masing. InsyaAllah.



Leave a Reply