Usahawan Kerja Sendiri, Risiko Sendiri

Betulkah, usahawan ini kerja sendiri, risiko sendiri?

Betul, bangsa usahawan ini kerja sendiri pada mulanya bagi mencapai impian masing-masing. Ada yang mula bisnes sebab nak dapat pendapatan lebih baik atau sampingan, nak bantu keluarga dengan duit diperolehi dan bermacam-macam lagi.

Kebanyakan usahawan pada mulanya kerja sendiri sebab baru saja bermula dengan semuanya dilakukan seorang diri daripada pemprosesan produk atau penawaran perkhidmatan, pemasaran, rekod database, penjualan.

Malah adakalanya ada benda yang tak dilakukan pun sebab tak tahu apa kepentingannya, tak cukup tangan nak membuatnya sebabkan perkembangan bisnes perlahan malah stuck pada tahap sama saja.

Hal ini biasa terjadi kepada ramai usahawan di luar sana kerana mereka tiada ilmu betul bagi membimbing mereka untuk melakukan perkara-perkara penting yang diperlukan ketika itu.

Sebab itu untuk usahawan yang serius nak bina bisnes berjaya perlulah dapatkan ilmu, strategi dan MenThor agar bisnes mereka nanti dapat menyaksikan peningkatan yang baik malah luar biasa.

Apabila bisnes semakin berkembang, perlunya usahawan untuk membina team yang dapat bersama-sama bantu dalam mencapai misi dan visi bisnes berkenaan.

Tidak mustahil, usahawan yang mulakan bisnes dengan langkah betul dari peringkat awal lagi akan menyaksikan perkembangan yang lebih pantas berbanding yang lain.

Mereka dapat belajar daripada MenThor yang ada proven results boleh berikan certainty atau kepastian bagi sampai ke destinasi yang dimahukan. MenThor umpama Waze yang boleh bantu menunjukkan jalan mana yang boleh anda gunakan untuk sampai ke destinasi.

Perkara ini boleh elakkan, usahawan banyak langgar dinding hingga ada yang terus menghilangkan diri jika tak ada kekuatan dalaman termasuk big why dalam bisnes itu.

Kerja sendiri, risiko seorang usahawan

Sekiranya tak menjadi, bukan saja usahawan itu sendiri terkesan malah boleh mempengaruhi keluarga dan orang di sekelilingnya.

Sebagai usahawan, anda boleh mengalami kerugian dari segi masa, tenaga dan wang hinggakan bisnes dijalankan boleh ditutup jika salah caranya dan buat tanpa ada persediaan yang betul bagi menjalankan bisnes.

Daripada ingin mencapai impian masing-masing, jana pendapatan yang lebih baik, ada lebih banyak masa dan waktu fleksibel tidak menjadi.

Terutama bagi yang baru nak jadi usahawan, risiko lebih tinggi kerana tidak mempunyai pengalaman berniaga lagi namun jika ada ilmu, bimbingan MenThor sudah tentu dapat membantu seterusnya merendahkan risiko anda daripada tidak berjaya.

Apatah lagi, usahawan yang mempunyai MenThor ada kelebihan atau unfair advantage kerana ada orang yang dapat pantau dan tegur mereka jika perkara dibuat dilihat tak perlu dilakukan dan elakkan kesilapan besar sehingga jejaskan bisnes mereka.

Akhir sekali, semuanya terletak kepada diri usahawan itu sendiri. Bagaimana mereka bertindak untuk mencapai ‘target’ dan ‘goal’ yang dipengaruhi pemikiran sendiri.

Melalui mindset dan niat yang betul, usahawan dapat melakukan bisnes itu dengan lebih baik dan lebih diberkati oleh Allah SWT.

MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ada mengingatkan usahawan untuk menjadi orang yang bermanfaat disamping betulkan niat dalam berbisnes agar ia dapat menjadi ibadah buat mereka.

Usahawan perlu memberikan manfaat lebih banyak kepada orang lain. Melalui produk atau perkhidmatan ditawarkan dapat bantu menyelesaikan masalah pelanggan anda, seterusnya mereka mendapat manfaatnya.

Sabda Nabi Muhammad SAW :

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

Mari bangun bangsa usahawan, jadi mereka yang berikan lebih manfaat kepada orang.



Leave a Reply