- 29/01/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Category: Uncategorized
Memulakan perniagaan bukanlah satu kerja yang mudah. Bukan semudah membaca ABC atau menghafal Alif Ba Ta. Lagi- lagi pulak nak mulakan bisnes sambil bekerja separuh masa?
Lagilah memerlukan komitmen dan fokus yang amat tinggi! Kalau tak memang ‘hancur’ bisnes dan juga kerja yang anda sedang ‘hadap’ sekarang ni.
MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman mengenal pasti beberapa kesilapan yang dilakukan oleh usahawan yang menjalankan perniagaan mereka bagi yang bekerja, yang nak mulakan bisnes atau telah pun memulakan bisnes.
“Apakah the kind of mistakes atau kesilapan yang saya nampak dari usahawan? Isu yang sama berlaku dan sangat sedih. Bila buat bisnes, memang pada asalnya bukanlah nak jadi jutawan. Asal berniaga bukan nak jadi jutawan. Tapi bila dah berniaga, misi utama adalah sekadar nak cari kewangan untuk perbaiki hidup you. Most people akan buat.”
Mulakan bisnes
Menurut Datuk Wira Dr Azizan Osman, orang yang baru nak berniaga, dia tak ada awareness, tak tahu nak mulakan sesuatu. Orang yang bekerja pula, dia cuba nak buka bisnes tanpa experience dan banyak spent duit yang banyak untuk buka bisnes. Memang betul hentam kromo nih. Macam mana perniagaan nak berjaya kalau main hentam jer?
Apa yang boleh dilakukan oleh mereka? Bagi orang yang bekerja, mereka boleh mulakan dengan getting the feel of bisnes. Mulakan dengan pemasaran. Simple marketing. Anda boleh jadi marketing ejen atau konsultan atau jadi ejen stokis produk lain ataupun jadi ejen untuk pakej umrah.
Why? Sebab ini mulanya untuk anda start to do marketing. Tapi pilih syarikat yang ada training, mereka akan ajar marketing process tu. Ambil pengalaman dulu dengan jual produk mereka.
“Untuk anda yang baru bermula, mula yang sangat bermula. Mungkin boleh untuk cuba banyak company untuk find out macam nama training. Mungkin boleh cuba untuk beberapa buah syarikat.”
“Contohnya nak try untuk company A, B atau C. Dari sinilah anda find out training support dan understanding the prospek. Tapi anda perlu lakukan dengan cepat, jangan terlalu lama anda perlu fokus dan pilih supaya anda boleh buat yang terbaik. If you could. Found out. Go through proses training.”
Dari sinilah anda akan dapat pengalaman yang mana satu yang anda mahu dan beri komitmen dan betul-betul kuasai marketing bisnes dengan apa yang anda pilih. Tapi jangan buat selamanya, ini sebagai proses percubaan.
Found out dan explore sampai anda rasa anda nak bina bisnes sendiri. Jangan berhenti kerja! Have a set target sampai jualan dan pendapatan boleh cover dan boleh simpan duit tu hingga sama dengan gaji. Simpan.
RM12 ribu setahun, dan jika nak berhenti kerja, saving tu akan jadi protection untuk anda. Dan anda akan survive untuk next 6 month atau setahun. Konsisten growing, paling tidak pun grow 4 ke 5 kali ganda dan konsisten setiap bulan ke-6 dan 12. Dan anda dah boleh decide cuti tanpa gaji.
Apa yang paling penting, jangan lupa untuk belajar. Upgrade bisnes dengan belajar. Majoriti ramai yang masih bekerja. Anda perlu ada plan. Bila nak bisnes, part time time bisnes, bila sudah konsisten dan cuba 1 ke 2 bulan tanpa gaji dan buat semua all out. Paling penting upgrade ilmu. Sebab ni sangat penting, ia sangat complicated.
Dan sekiranya anda buat bisnes nak cover kos hidup tapi satu masa nanti kalau tak manage dengan baik, ia menyebabkan bukan ia tak boleh cover kos tapi anda terpaksa guna gaji untuk topup bisnes. Ia sangat risky. Sebab itu perlukan perancangan. 80% peratus of success adalah preparation.
Bagi yang bekerja yang buat bisnes part time tak boleh nak capai kewangan yang lebih baik, tak dapat masa yang lebih banyak. Mula-mula ok tapi kalau lama-lama tidak berapa baik.
Jadi kepada anda yang mahu memulakan bisnes untuk tahun baru 2021 ini, anda boleh mulakan sekarang. Planning adalah perkara yang WAJIB anda lakukan sebelum melakukan apa-apa keputusan.