Tips Mula Tingkatkan Perkhidmatan Bisnes Anda

Bila anda ada perniagaan, tentu anda mahu tingkatkan perkhidmatan perniagaan anda, betul betul? Tapi anda tahu ke cara nak tingkatkan perniagaan anda? Ramai orang bila dah ada bisnes, ada untung…itu sudah cukup bagi mereka. Mereka tidak fikir ke depan untuk majukan dan tingkatkan lagi bisnes supaya lebih maju dan berkembang besar.

1. Servis dan produk yang berkualiti

Jangan lupa untuk sediakan servis dan produk yang berkualiti untuk pelanggan anda. Pastikan ia sentiasa tip top dari anda mula berniaga hinggalah bisnes anda maju. Kekalkan kualiti perkhidmatan yang anda sediakan, jika dahulu kurang…sekaranglah masanya anda tingkatkan perkhidmatan perniagaan dengan meningkatkan kualiti servis dan produk.

Jangan amalkan perniagaan yang suka mengurangkan kualiti dan kuantiti barangan serta menipu dalam perniagaan. Ingat, anda harus jujur dalam perniagaan barulah rezeki yang anda perolehi itu berkat. Ramai peniaga yang berubah apabila bisnes mereka mula maju.

Bila anda berniaga, selain mencari pelanggan baru, anda kena jaga pelanggan lama supaya mereka kekal menggunakan servis dan produk anda. Jika mereka lari, anda yang rugi.

Sekiranya anda berikan servis dan produk yang berkualiti tinggi, kekalkan harga yang hampir sama dengan pesaing anda kerana jika anda letakkan harga yang tinggi, pelanggan anda akan lari kepada pesaing anda.

2. Menghargai pelanggan

Bila anda berniaga, hargai pelanggan anda tidak kira mereka pelanggan lama atau baru. Wujudkan dalam diri mereka nilai loyalty (setia) dalam menggunakan perkhidmatan yang anda sediakan.

Pupuk atau berikan nilai-nilai murni ketika berinteraksi atau berhubung dengan pelanggan supaya mereka yakin dan percaya ketika berurusan dengan anda jika anda mahu bisnes kekal lama dalam industri.

Selain itu, pilih masa yang sesuai untuk buat promosi harga atau ‘sale’perniagaan anda. Anda boleh buat jualan akhir tahun, jualan awal tahun, jualan ketika perayaan, atau jualan setahun sekali bagi menghargai pelanggan anda. Bila anda buat begini, anda dapat meningkatkan jualan selain memberi peluang pada pelanggan mendapatkan barangan yang mahal dengan harga yang murah.

Anda juga boleh adakan contest dengan sediakan kupon atau hadiah misteri. Hadiah tersebut tidak semestinya datang dari anda, anda boleh minta penajaan dari pemborong untuk sediakan atau sesiapa sahaja. Berikan hadiah istimewa pada pemenang utama seperti hadiah pelancongan, kereta atau alat elektronik.

3. Beri maklum balas

Pastikan anda memberi maklum balas kepada pelanggan dengan segera supaya mereka sentiasa dihargai setiap kali mereka Private Message (PM), emel, WhatsApp anda. Jangan lupa untuk beri peluang kepada pelanggan untuk suarakan pendapat atau kritikan demi tingkatkan tahap perkhidmatan dan servis perniagaan anda.
Anda boleh gunakan kritikan tersebut untuk buat perubahan, bukan setakat dengar sahaja. Anda juga boleh sediakan ruang komen atau feedback di kedai, restoran atau media sosial untuk tahu pandangan mereka.

4. Sikap dan komitmen pekerja

Sekiranya anda mempunyai pekerja yang berdedikasi dan efisien, anda beruntung kerana mereka membantu meningkatkan produktiviti perniagaan anda. Jika tidak, anda harus berikan galakan supaya pekerja anda lebih bersunguh, bersemangat dan komited ketika bekerja serta boleh berikan hasil kerja yang berkualiti.

Pekerja yang bagus adalah mereka sentiasa memotivasikan diri untuk lakukan yang terbaik dan mempunyai komitmen yang tinggi ketika bekerja. Mereka juga bijak berkomunikasi dengan pelanggan dan balas setiap pertanyaan pelanggan dengan pantas tanpa membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu.

Apabila berada di front line, mereka pandai layan pelanggan, sentiasa senyum, mudah mesra dan tidak mudah menunjukkan emosi keletihan atau marah sekiranya diasak dengan persoalan atau dimarahi pelanggan.

Mereka juga sanggup bekerja keras untuk membaiki dan pertingkatkan kemahiran serta mengambil tahu hal perniagaan terutama servis dan produk yang anda sediakan walaupun tidak berkaitan dengan skop kerja mereka. Mereka juga sanggup belajar benda baru dan tidak hanya tahu hal yang berkaitan dengan pekerjaan mereka sahaja.

5. Staff meeting

Sebagai ketua dalam sesebuah organisasi, luangkan sedikit masa setiap hari atau seminggu sekali sebelum memulakan perniagaan untuk mengambil tahu hal perniagaan anda.

Cari sedikit ruang untuk berbincang dan berjumpa dengan staff anda bagi menilai performance mereka dan minta feedback dari mereka bermula dari jualan sehingga masalah yang mereka hadapi.

Inilah masa yang sesuai untuk anda cari jalan untuk selesaikan masalah tersebut dan anda juga boleh minta idea dari para pekerja untuk tingkatkan servis dan produk, teknik mengambil hati pelanggan, cara untuk meningkatkan jualan dan cari peluang baru untuk mengembangkan bisnes.

Tak mungkin anda tidak mahu kembangkan bisnes dan berada ditahap yang sama selamanya. Selain itu, jangan lupa untuk tanya keperluan yang para pekerja anda perlukan dan cubalah sedaya upaya anda untuk penuhinya kerana mereka merupakan tulang belakang dan sokongan tambahan dalam perniagaan anda.

6. Mantapkan perkhidmatan pelanggan

Setiap syarikat mempunyai khidmat pelanggan yang tersendiri, jika tiada…anda sendiri yang sediakan perkhidmatan tersebut pada pelanggan anda. Ramai peniaga yang masih tidak tahu etika yang betul ketika berkomunikasi atau berinteraksi dengan pelanggan.

Jika anda ada pekerja, latih mereka untuk jawab panggilan telefon atau balas emel, PM atau apa sahaja dari pelanggan dengan berhemah. Gunakan bahasa yang lembut dan sopan walaupun anda sedang stress dan marah.

Tidak semua pelanggan yang datang ke kedai anda mempunyai perangai yang sama. Anda harus sabar layan karenah mereka kerana setiap pelanggan punyai ragam yang berbeza. Bila anda berkomunikasi menggunakan telefon, gunakan bahasa yang sopan dan sampaikan maklumat yang jelas supaya mudah difahami.

7. Ketua yang komited

Sebelum anda nak pekerja follow peraturan, anda yang kena betulkan diri anda dahulu. Jangan jadi macam ketam yang mengajar anak, nak suruh anak jalan lurus…tapi anda sendiri yang belok.

Seorang ketua tidak perlu malu untuk belajar dari pekerjanya dan seorang yang boleh menerima teguran. Anda juga harus sanggup belajar ilmu yang baru.
Ketua juga perlu sentiasa bermotivasi untuk lakukan yang terbaik untuk diri, bisnes, pekerja dan pelanggannya. Motivasi penting untuk menaikkan semangat anda setiap hari. Jika tidak, anda akan lemau dan malas.

Paling penting, anda perlu berdisiplin dan komited dalam bekerja. Bila anda berdisiplin dan komited lakukan setiap pekerjaan, insyaAllah…Allah akan permudahkan kerja anda.



Leave a Reply