7 Kesilapan Bisnes Online Dari Rumah

Ramai orang buat bisnes online. Ramai yang berjaya buat income besar-besaran, tapi yang sedihnya ramai juga yang gagal berikutan tiada ilmu dan strategi yang betul dalam bisnes online.

Pada Oktober 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.

Kami percaya selain mereka yang mungkin akan berminat untuk mulakan bisnes online dari rumah, suri rumah, pelajar dan ramai lagi di luar sana yang berminat untuk berniaga dari rumah.

7 Kesilapan Berbisnes Online Dari Rumah Yang Selalu Usahawan Lakukan

Kalau anda tanya orang yang sudah berjaya, tak semua nak share tips dan teknik mereka berniaga secara online. Jadi kami nak bantu anda yang sudah berniaga online atau minat untuk berniaga online dari rumah untuk berniaga dengan cara yang betul.

Baca dulu 7 yang selalu usahawan lakukan dalam bisnes online. Tak kira anda berniaga apa dan dari mana, sepatutnya usahawan adalah seorang yang mampu mengendalikan bisnes dengan kempen pemasaran yang betul dan berhasil.

Dulu, peniaga yang berusaha keras dipanggil usahawan tapi sekarang usahawan ialah mereka yang berusaha dengan bijak, buat sikit dapat banyak. Dengan strategi dan kempen pemasaran yang betul, InsyaAllah lagi mudah untuk anda tingkatkan jualan.

7 Kesilapan Dalam Bisnes Online :

1. Facebook Rojak

Kesilapan yang ramai peniaga online buat secara tak disedari, atau dah sedar tapi buat-buat tak tahu ialah mencampurkan urusan bisnes dan urusan peribadi di Facebook peribadi. Di situlah kita berniaga, di situlah kita bercerita tentang kenduri kahwin saudara mara, dan kat situ jugalah tempat kita meluahkan perasaan.

Belum lagi nak kira mereka yang jual macam-macam dalam satu FB. Bila anda buat macam tu, anda tak dapat nak jadikan pengikut anda kaitkan diri mereka dan perniagaan anda.

Mereka pun tak nampak jelas hala tuju bisnes mereka. Dan amatlah tak sesuai bila anda campur adukkan soal bisnes dan peribadi sehingga sukar untuk pelanggan anda menjadi raving fan anda.

2. Tak Tahu Copywriting

Peniaga online selalu guna alasan tak tahu menulis dan tak perlu nak menulis. Cukuplah dengan upload gambar produk yang anda jual. Sebenarnya, bila anda asyik nak upload gambar produk yang anda jual, anda akan kelihatan sangat terdesak dan nak sangat orang beli produk anda. Anda akan kelihatan sangat menjual.

Bila anda tahu copywriting, anda akan tahu cara nak menulis dengan lebih baik. Manusia ni, suka baca cerita. Suka baca semua yang tunjukkan emosi kerana dengan emosi mereka dapat ‘relate’ dengan diri mereka. Anda boleh gunakan teknik bercerita untuk menarik pelanggan untuk terus masuk ke platform bisnes online anda.

3. Tak Ada Fokus Pelanggan

Anda tak boleh berniaga online dan main agak-agak saja siapa yang patut beli dari anda. Anda tak boleh nak harapkan kawan-kawan dan keluarga saja beli dari anda.

Jika nak pergi lebih jauh dalam bisnes online, anda kena belajar untuk luaskan market. Bila anda tahu siapa pelanggan anda, jantina, umur, lokasi di mana mereka berada, apa minat mereka, supaya senang anda nak fokuskan kempen pemasaran yang sesuai untuk target audience anda.

Jangan lakukan 5 kesilapan ini yang boleh buatkan pelanggan-pelanggan anda lari.

4. Jual Macam-Macam

Jangan jadikan online business anda macam kedai runcit, melainkan anda memang usahawan kedai runcit! Anda jangan yakin sangat orang yang beli tudung yang anda jual, juga orang yang sama nak beli bantal dan kuali yang anda jual di FB yang sama.

Lazada tak bermula dengan menjual macam-macam secara online, mereka bina jenama dulu dan bila dah terkenal baru mereka tambahkan jenis barang dalam Lazada.

5. Tak Ada Engagement

Tak ada engagement bermakna, anda tak berinteraksi dengan followers Facebook anda. Anda buat posting untuk menjual dan mereka tak response. Anda tak dapat nak buatkan mereka tertunggu-tunggu posting anda.

Paling teruk anda hanya post bila anda ada produk nak jual. Masa-masa lain, tiada posting atau posting peribadi yang tak beri apa-apa nilai atau ilmu kepada followers anda.

6. Tak Beretika

Bisnes online yang tak beretika ialah bila anda curi testimoni orang lain dan jadikannya testimoni anda, atau guna copywriting orang lain dan tukarkannya jadi copywriting anda.

Ada juga yang kutuk-kutuk produk orang lain, kutuk-kutuk pelanggan dan up status yang merendahkan produk orang lain. Anda hanya menunjukkan identiti sebenar diri anda sahaja. Dan menunjukkan bahawa anda kurang ilmu dalam nak berbisnes online.

7. Tidak ada jadual dan tak fokus

Berniaga online dan dari rumah sebenarnya ada cabaran tersendiri. Anda akan mudah tergoda dengan banyak perkara. Gadget, TV, Media Sosial yang hanya akan membuatkan anda hanya membuang masa.

Ada yang selalu tersasar terutama suri rumah yang terpaksa bergelut dengan anak-anak dan urusan rumah tangga sehingga menyebabkan apa tindakan yang patut anda buat hari itu untuk bisnes anda TERGENDALA.

Ramai antara mereka yang berniaga dari rumah gagal kerana mereka tak ada jadual dan tak fokus.

Sebenarnya, ramai orang boleh miliki bisnes yang sangat berjaya bila mereka berniaga secara online di rumah. Di barat, banyak bisnes praktikkan cara ini. Yang penting anda tahu sasaran bisnes anda dan boleh fokus dan buang segala godaan.



2 Comments

Leave a Reply