- 25/12/2020
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Perkembangan Bisnes
Anda perasan tak, ada beberapa usahawan itu walau sudah bertahun-tahun buat bisnes atau baru bermula namun tak nampak lagi hasilnya.
Macam-macam sudah buat katanya – promosi online, offline, upline dan downline tapi ‘ciput’ atau ‘habuk’ saja yang dapat.
Mana salah dan silapnya?
Mengapa perkara ini berlaku? Adakah anda memang ditakdirkan untuk gagal dalam perniagaan, ataupun anda belum lagi menemukan cara, kaedah atau formula yang betul untuk mencapai kejayaan?
Adakah anda yakin telah berusaha sepenuhnya, komited 100% peratus dalam perniagaan yang dijalankan? Menurut Datuk Wira Dr. Azizan Osman, 99% peratus orang gagal dalam perniagaan adalah kerana tiada ciri-ciri ‘leadership’.
Leadership adalah penggerak kepada sesebuah perniagaan sama ada ia bergerak pantas menuju matlamat ditetapkan ataupun perlahan malah boleh juga terus terhenti.
Seorang pemimpin memberi inspirasi kepada orang sekeliling untuk melakukan yang terbaik, memberi lebih banyak dengan merasakan mereka adalah sebahagian daripada team.
Jika orang dalam team anda tidak seronok atau ditindas, sudah tentu ia akan memberi kesan buruk kepada bisnes, seterusnya pelanggan dan akhirnya profit. Sebab itulah, leadership ini sangat penting dalam menjalankan bisnes.
Selain itu, 80% peratus bisnes gagal juga disebabkan ramai usahawan tidak tahu tarik pelanggan-pelanggan atau kata mudahnya, tidak tahu cara ‘marketing’ yang berkesan.
Marketing ini penting dalam perniagaan kerana tanpanya, tiada orang akan mengetahui perniagaan anda, apa produk atau perkhidmatan disediakan. Bila tiada orang yang tahu, bagaimana pula mereka mahu membeli atau mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.
Akhirnya, perniagaan pun mula perlahan dan lama-kelamaan ia pun terkubur.
Cuba bayangkan anda membuka sebuah kedai makan di sebuah lot kedai yang baharu dibina namun tidak ada pula membuat sebarang promosi untuk menarik orang ramai disekitar untuk merasai juadah dan minuman yang disediakan.
Walaupun makanan anda yang paling lazat di dunia, jika tiada orang yang tahu ia tidak berguna.
Sehubungan itu, sebagai seorang usahawan mereka perlu menguasai marketing bagi menarik perhatian pelanggan seterusnya memberi peluang untuk mendapatkan jualan.
Memetik daripada dapatan Statistic Brain Research Institute, 75% peratus bisnes bertahan pada tahun pertama, 64% sampai ke tahun kedua dan 56% sehingga tahun ketiga. Terdapat 3 sebab utama bisnes gagal.
3 sebab utama bisnes gagal
1. 46% peratus disebabkan tidak ada kemahiran perniagaan
Secara spesifik usahawan tidak tahu menetapkan harga, tidak pandai menguruskan kewangan, tidak ada perancangan dan gagal mengawal kos.
2. 30% peratus tidak mempunyai kemahiran pengurusan bisnes
Peniaga berkembang terlalu cepat sehingga ia hilang kawalan. Umpamanya melantik ejen-ejen dengan banyak tanpa ada sistem yang baik bagi memastikan mereka dapat dibimbing dan dibantu bagi mendapatkan keuntungan. Apa guna mempunyai ejen yang banyak namun mereka tidak dapat untung.
3. 11% peratus ketiadaan pengalaman dalam bidang bisnes yang diceburi
Hal ini menyebabkan peniaga tidak mengenali pembekal yang baik dan gagal membuat inventori produk yang betul. Ianya memerlukan sistem rekod yang teratur agar dapat digunakan memenuhi permintaan atau keperluan operasi sepanjang tempoh diperlukan.
Sehubungan itu, bagi anda yang sudah berniaga ataupun baharu nak belajar bisnes, ia umpama bayi yang baru nak berjalan. Anda akan terjatuh, bangun, terjatuh semula dan ini adalah proses perlu dilalui oleh semua orang.
Bila bisnes baru nak naik, tak mungkin anda akan terus berlari. Ada waktu anda akan jatuh, bangkit semula. Jatuh itu adalah proses untuk anda belajar. Apa yang anda boleh buat adalah praktis. Latihan sangat penting dan ilmu sangat penting untuk anda ‘pickup’ dan ia akan membuatkan PROSES itu menjadi lebih mudah.
Pada mulanya, belajar sesuatu dalam hidup, anda tidak akan dapat terus buat dengan baik. Anda perlu sanggup belajar, praktis dan buat sampai mahir dalam apa yang dibuat. Nak dapatkan 10 tips elak bisnes gagal anda boleh baca di sini.
InsyaAllah akan ada result jika anda betul komited berusaha. Bisnes anda juga nanti akan jadi lebih berjaya. Apa yang paling penting, jangan mudah putus asa dan sentiasa upgrade ILMU BISNES anda.