by | Sep 30, 2023

MASALAH KEWANGAN JADI PUNCA KEJAYAAN

“Dulu ada sikit pengalaman berniaga kedai makan namun tak ke mana. Kemudian, saya mula kerja dengan majikan lama di Uptown dekat Sungai Petani pada 2018. 

“Tapi ketika itu saya sudah berkahwin namun kewangan agak mencabar untuk menyara keluarga dan bermula daripada tekanan itu saya mula menjual pakaian trek (tracksuit) secara online,” kongsi pengasas syarikat, Mr Boss Future. 

Mohamad Rusydi Yusoff memberitahu, stok diambil sendiri daripada majikannya dengan menerima komisen RM5 untuk setiap helai yang terjual. 

Melihat kesungguhan beliau, bekas majikannya menyarankan untuk tidak membeli secara retail sebaliknya mengambil secara borong agar dapat menjana keuntungan yang lebih besar. 

“Bagaimanapun, ketika itu saya tidak ada modal. Maka, terpaksalah saya meminjam dengan rakan sebanyak RM500. 

“Namun bila nak ambil stok itu, rupa- rupanya ia bernilai RM650. Nasib baik 

bos benarkan saya ambil stok dengan hutang RM150 pada masa itu,” jelasnya. 

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lama

Bil 27

Bil 27

Bukan sahaja nak berjaya dalam perniagaan, malah beliau turut nak orang lain berjaya dalam mendapatkan kerjaya impian. Anak sulung kepada empat beradik ini telah memulakan perniagaan sejak tahun 2018. Beliau tidak dilahirkan dalam keluarga yang senang, ayahnya adalah...

BIL 26

BIL 26

Pada mulanya, tak minat pun berniaga namun atas dorongan emaknya untuk ‘terjebak’ dalam perniagaan. Menurutnya, mula-mula nak elak, tapi akhirnya Nur Shazliana sendiri minat untuk menjalankan perniagaan. Beliau secara rasminya menyertai KME Pest sejak 3 tahun lalu....

Bil 25

Bil 25

Di Malaysia, ramai yang tak tahu kelebihan bila mampu untuk berbahasa selain dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa ketiga dianggap bahasa untuk mereka yang bekerja atau belajar di luar negara sahaja. Lain pula dengan Nurkhalilah Ramli atau lebih mesra dengan...