by | Sep 30, 2023

MASALAH KEWANGAN JADI PUNCA KEJAYAAN

“Dulu ada sikit pengalaman berniaga kedai makan namun tak ke mana. Kemudian, saya mula kerja dengan majikan lama di Uptown dekat Sungai Petani pada 2018. 

“Tapi ketika itu saya sudah berkahwin namun kewangan agak mencabar untuk menyara keluarga dan bermula daripada tekanan itu saya mula menjual pakaian trek (tracksuit) secara online,” kongsi pengasas syarikat, Mr Boss Future. 

Mohamad Rusydi Yusoff memberitahu, stok diambil sendiri daripada majikannya dengan menerima komisen RM5 untuk setiap helai yang terjual. 

Melihat kesungguhan beliau, bekas majikannya menyarankan untuk tidak membeli secara retail sebaliknya mengambil secara borong agar dapat menjana keuntungan yang lebih besar. 

“Bagaimanapun, ketika itu saya tidak ada modal. Maka, terpaksalah saya meminjam dengan rakan sebanyak RM500. 

“Namun bila nak ambil stok itu, rupa- rupanya ia bernilai RM650. Nasib baik 

bos benarkan saya ambil stok dengan hutang RM150 pada masa itu,” jelasnya. 

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lama

BIL 21

BIL 21

Memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran selepas menamatkan pengajian di Akademi TV3, beliau kini boleh berbangga apabila produk kudapan hasil air tangannya iaitu brownies kian mendapat tempat di hati pencinta manisan tersebut. “Setelah beberapa tahun...

BIL 20

BIL 20

Kehadiran pandemik benar-benar telah mengubah kebanyakan landskap perniagaan yang dimiliki usahawan pada masa kini. Seperti Nur Sheraida Alimadi (Sheraida) yang merupakan pengasas kepada Cocodoki International Sdn. Bhd., beliau pada asalnya melibatkan diri dalam...

BIL19

BIL19

Daripada niat sekadar mahu cuba-cuba, tiba-tiba jadi serius pula! Begitulah perjalanan karier Dr. Rohaizu Roslan yang merupakan pengasas R&R Authentics Sdn. Bhd. dalam bidang keusahawanan sebagai seorang pembeli peribadi (personal shopper). Pada awalnya beliau...