“Dulu ada sikit pengalaman berniaga kedai makan namun tak ke mana. Kemudian, saya mula kerja dengan majikan lama di Uptown dekat Sungai Petani pada 2018.
“Tapi ketika itu saya sudah berkahwin namun kewangan agak mencabar untuk menyara keluarga dan bermula daripada tekanan itu saya mula menjual pakaian trek (tracksuit) secara online,” kongsi pengasas syarikat, Mr Boss Future.
Mohamad Rusydi Yusoff memberitahu, stok diambil sendiri daripada majikannya dengan menerima komisen RM5 untuk setiap helai yang terjual.
Melihat kesungguhan beliau, bekas majikannya menyarankan untuk tidak membeli secara retail sebaliknya mengambil secara borong agar dapat menjana keuntungan yang lebih besar.
“Bagaimanapun, ketika itu saya tidak ada modal. Maka, terpaksalah saya meminjam dengan rakan sebanyak RM500.
“Namun bila nak ambil stok itu, rupa- rupanya ia bernilai RM650. Nasib baik
bos benarkan saya ambil stok dengan hutang RM150 pada masa itu,” jelasnya.