“Kisahnya bermula apabila bekas majikan menyarankan saya untuk ambil alih salah satu cawangan yang dimiliki di Sungai Buloh, Selangor. Kiranya dia jual kepada saya. Itulah titik tolak saya bermula dalam dunia perniagaan.
“Waktu mula-mula rasa mudah sebab semua benda dah ada. Tapi lama kelamaan, tekanan itu mulai hadir. Semua keputusan kita kena buat sendiri. Kita kena uruskan stok, staf dan segalanya. Sebelum ini kita tak fikir semua itu.
“Saya sedar bahawa saya kurang ilmu dalam bab pengurusan ini. Oleh sebab itulah saya mengambil keputusan untuk sertai program anjuran RichWorks,” jelas pengusaha kedai tayar ini.