Wanys Wilayah Utara : Dulu Gaji Sekadar Cukup Makan, Puan Ana Salwa Kini Jadi Jutawan Kacang. Sales 2020 Capai RM1.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Wanys Wilayah Utara : Dulu Gaji Sekadar Cukup Makan, Puan Ana Salwa Kini Jadi Jutawan Kacang

“Sebelum bertemu dengan Wanys, saya adalah seorang wanita berkerjaya. Bila kata makan gaji, gaji yang diterima itu hanya sekadar cukup makan.”

Begitulah yang pernah dialami Vibranium Leader Wanys Wilayah Utara, Ana Salwa Namli yang lebih dikenali sebagai Acik Ana. Beliau dulunya seorang guru dan memilih untuk menjalankan bisnes bagi menjana pendapatan tambahan hingga sudah menjadi pendapatan utamanya.

Kongsi Acik Ana, pernah satu ketika dalam dompet ada RM20 sahaja dengan ketika itu 3 orang anaknya mahukan aiskrim yang berharga RM8 setiap satu. Ia membuatkan beliau sedih tak dapat penuhi permintaan anak-anak.

Apatah lagi, bayaran pengasuh 3 anak pun sudah beberapa ratus dan kadang-kadang nak berikan wang kepada ibu bapa pun tak mampu. Sebab itu, bila bincang tentang perbelanjaan bersama pasangan adakala buatkan boleh bergaduh pula sebab masing-masing sekadar cukup makan.

Perjalanan bisnes Acik Ana hingga jadi Vibranium Leaders Wanys Wilayah Utara :

Acik Ana mulakan bisnes secara ‘part time’ dengan mulakan dengan 50 botal kacang saja.

“Alhamdulillah, dari situ bila saya mulakan perjalanan (bisnes) Allah sangat mudahkan sehingga 2015, Founder Wanys sendiri melantik saya menjadi Leader untuk kawasan Selangor & KL. Pada penghujung 2018 beliau berpindah ke Utara dan diberikan peluang untuk membina Wanys di Wilayah Utara.”

Bagi beliau, untuk membina bisnes berjaya, seseorang itu perlu komited, konsisten, kegigihan dan berserah pada Allah. Ilmu juga sangat penting dalam membina bisnes.

Kemudian pada Ogos 2020 beliau telah membuat keputusan untuk menyertai Mentorship SPIRE bagi mendapatkan ilmu untuk berkembang ke peringat lebih tinggi lagi.

Pencapaian dan kejayaan bersama Wanys

Melalui hasil mengacang, beliau dapat menunaikan umrah bukan saja bersama pasangan malah dengan seluruh keluarganya dengan kos perbelanjaannya lebih kurang RM40,000.

“Kalau saya tidak berbisnes, terus terang saya kata tak mampu, diri saya sendiri pun tak mampu nak bawa. Ia satu kenangan yang sangat manis.”

Selain itu, beliau dapat membeli sebuah rumah dua tingkat corner lot dengan downpayment rumah semuanya daripada hasil ‘mengacang’ malah keluarkan sebuah kereta ‘kacang’ – X-Trail. Kalau saya nak balik ke kampung dan berapa nak bagi famili pun sudah tidak berkira-kira.

Alhamdulillah ketika berada dalam SPIRE, jualan beliau telah berjaya mencapai melebihi target asalnya. Beliau berjaya capai RM1 juta pertama hanya dalam masa 4 bulan dalam SPIRE.

Jualan beliau pula mencecah RM1.7 juta pada 2020 ketika kita semua dilanda pandemik dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang baru dikuat kuasa.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Pengertian Raya Aidilfitri

Pengertian Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri kali ini pastinya disambut dengan berlainan. Demi memastikan keselamatan dan melindungi nyawa orang ramai, kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP

Senyuman Dalam Bisnes

Dalam bisnes, peniaga mesti selalu senyum. Senyuman bukan setakat dapat melembutkan hati pelanggan, tetapi ia merupakan amalan sedekah yang dituntut ketika berniaga. Rasulullah s.a.w sendiri

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan