Selamat Datang ke

Titanium Key Leaders Award 2025!

Titanium Key Leaders Award 2025 adalah platform untuk anda memberikan penghargaan kepada staf yang telah menunjukkan dedikasi, kreativiti, dan komitmen tinggi dalam menyumbang kepada kejayaan organisasi dan bisnes anda.

Ini adalah peluang terbaik untuk anda menghargai dan mengiktiraf usaha serta sumbangan bermakna yang ditunjukkan oleh team anda. Terdapat beberapa kategori anugerah yang sesuai untuk anda anugerahkan kepada mereka sebagai tanda perhargaan anda kepada sumbangan yang telah mereka berikan.

Berikut adalah penerangan dan kriteria untuk setiap kategori anugerah:

Penerangan:
Pengiktirafan diberikan kepada individu yang mencapai prestasi cemerlang dalam pekerjaan mereka, melampaui sasaran yang ditetapkan oleh organisasi. Anugerah ini adalah tanda penghargaan kepada dedikasi dan usaha mereka dalam menetapkan standard kecemerlangan yang memberi inspirasi kepada orang lain.

Kriteria:

  1. Mencapai atau melampaui semua matlamat dan KPI yang ditetapkan dengan konsisten.
  2. Menghasilkan kerja berkualiti tinggi yang memenuhi atau melebihi jangkaan organisasi.
  3. Memberikan usaha tambahan dalam menyelesaikan tugasan mencabar, menunjukkan ketekunan dan profesionalisme

Penerangan:
Pengiktirafan diberikan kepada individu yang mempamerkan kepimpinan unggul dan menginspirasikan team mereka untuk mencapai kecemerlangan. Anugerah ini meraikan keupayaan mereka dalam membawa visi dan strategi yang menjadikan organisasi lebih berjaya.

Kriteria:

  1. Memimpin dengan cemerlang melalui motivasi dan bimbingan strategik kepada team.
  2. Mencapai objektif organisasi dengan pendekatan kepimpinan yang berkesan.
  3. Memupuk budaya kerja yang positif, produktif, dan inspiratif dalam kalangan team.

Penerangan:
Pengiktirafan diberikan kepada individu yang baru menyertai syarikat tetapi telah menunjukkan potensi besar dan impak positif yang luar biasa. Ia adalah penghargaan kepada bakat muda yang bersemangat, membawa idea segar, dan bakal menjadi pemimpin masa depan organisasi.

Kriteria:

  1. Menunjukkan prestasi luar biasa dalam tempoh perkhidmatan awal.
  2. Memaparkan potensi tinggi untuk berkembang dan memberi sumbangan yang lebih besar pada masa depan.
  3. Diiktiraf sebagai individu berbakat oleh rakan sekerja dan leader. .

Penerangan:
Pengiktirafan diberikan kepada individu yang berjaya memperkenalkan inovasi dan idea kreatif yang meningkatkan produktiviti, proses, atau hasil organisasi. Ia adalah penghargaan kepada keberanian mereka dalam mencabar norma dan membawa perubahan positif.

Kriteria:

  1. Mencipta atau mencadangkan penyelesaian inovatif yang membawa impak positif kepada organisasi.
  2. Memupuk budaya kreatif yang menghasilkan idea-idea baru untuk peningkatan produktiviti.
  3. Menghasilkan inovasi yang meningkatkan kecekapan atau memperbaiki proses sedia ada.

Penerangan:
Pengiktirafan diberikan kepada individu yang mencapai tahap tertinggi dalam memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa. Anugerah ini adalah penghargaan kepada usaha mereka dalam mencipta hubungan pelanggan yang berkualiti dan memberikan kepuasan yang tiada tandingan.

Kriteria:

  1. Menerima maklum balas positif yang konsisten daripada pelanggan atas perkhidmatan yang diberikan.
  2. Menyelesaikan isu pelanggan dengan cepat, berkesan, dan penuh profesionalisme.
  3. Memaparkan sikap mesra dan menjaga kepuasan pelanggan dalam semua interaksi

Penerangan:
Pengiktirafan diberikan kepada individu yang mencatatkan prestasi jualan luar biasa atau melebihi sasaran yang ditetapkan. Ia adalah penghargaan kepada mereka yang menjadi pemacu utama dalam memastikan pertumbuhan pendapatan organisasi.

Kriteria:

  1. Melebihi sasaran jualan yang ditetapkan dalam tempoh yang ditentukan.
  2. Membina hubungan yang kukuh dan mengekalkan kepercayaan pelanggan jangka panjang.
  3. Menampilkan kreativiti dan inovasi dalam strategi jualan dan pemasaran yang memacu hasil yang luar biasa.

Penerangan:
Pengiktirafan diberikan kepada individu yang menjadi contoh terbaik kepada nilai-nilai teras organisasi. Anugerah ini adalah simbol penghormatan kepada mereka yang memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan budaya positif dan menyatukan team di bawah matlamat bersama.

Kriteria:

  1. Memaparkan tingkah laku yang konsisten dengan nilai teras organisasi.
  2. Menginspirasikan rakan sekerja untuk menyesuaikan diri dengan budaya positif organisasi.
  3. Mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif dan menyokong matlamat bersama.

Penerangan:
Pengiktirafan diberikan kepada individu yang telah mencapai tempoh perkhidmatan tertentu sebagai tanda penghargaan atas setiap langkah yang diambil bersama syarikat. Ia adalah simbol penghormatan kepada perjalanan kerjaya mereka, yang telah menyumbang kepada kejayaan organisasi.

 

Kriteria:

  1. Telah berkhidmat bersama syarikat untuk tempoh minimum yang ditetapkan. (tempoh ini adalah bergantung kepada syarikat anda)
  2. Memaparkan komitmen dan kesetiaan terhadap organisasi dan nilai-nilainya. 
  3. Konsisten menyumbang kepada kejayaan organisasi sepanjang tempoh perkhidmatan.

Penerangan:
Pengiktirafan diberikan kepada individu yang berjaya meningkatkan kualiti proses, produk, atau perkhidmatan organisasi. Ia adalah penghargaan kepada usaha mereka dalam membawa standard kerja yang lebih tinggi untuk memastikan organisasi kekal kompetitif.

Kriteria:

  1. Memperkenalkan langkah-langkah yang berjaya meningkatkan kualiti produk, proses, atau perkhidmatan.
  2. Menyumbang kepada peningkatan kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan ini.
  3. Membantu organisasi mengurangkan kos atau meningkatkan kecekapan operasi.

Penerangan:
Pengiktirafan diberikan kepada individu yang telah memberi inspirasi luar biasa melalui tindakan, sikap, dan pencapaian mereka. Penerima anugerah ini bukan sahaja menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kerjaya mereka, tetapi juga menjadi contoh yang memotivasi dan menyuntik semangat kepada rakan sekerja

Kriteria:

  1. Menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada rakan sekerja, pasukan, atau komuniti melalui tindakan mereka, nilai yang ditunjukkan, dan cara mereka berinteraksi dengan orang lain.
  2. Menjadi contoh dalam hadapi cabaran dengan ketenangan dan kecekapan, sambil memberi inspirasi kepada orang lain untuk tidak berputus asa.
  3. Dilihat sebagai sumber inspirasi oleh orang lain, baik dalam organisasi maupun di luar organisasi. Mereka menjadi contoh yang diikuti oleh rakan sekerja,

Award Package

*Tertakluk pada kelulusan pihak pengurusan RichWorks

1 orang penerima anugerah : RM 1,500

3 orang penerima anugerah : RM 3,500

4 orang penerima anugerah : RM 3,500 + RM 1,200 (setiap penambahan)

© 2025 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193