{"id":1112,"date":"2023-12-24T22:13:55","date_gmt":"2023-12-24T14:13:55","guid":{"rendered":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/?post_type=magazine&p=1112"},"modified":"2024-01-04T14:52:16","modified_gmt":"2024-01-04T06:52:16","slug":"bil-60","status":"publish","type":"magazine","link":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/magazine\/bil-60\/","title":{"rendered":"BIL 60"},"content":{"rendered":"\n
\u201cKalau tiada siapa yang nak uruskan, apa kata kita tutup saja bisnes ini!\u201d<\/p>\n\n\n\n
Begitulah ayat yang dilontarkan oleh Haji Salleh yang menusuk hati anaknya, Mohd
Fauzie, hingga membuatkannya tekad untuk meneruskan perusahaan keluarga yang
berasaskan industri pembuatan snek makanan ini biarpun sudah selesa dengan kerjayanya
sebagai seorang jurutera pada ketika itu.<\/p>\n\n\n\n
Ujar Mohd Fauzie, beliau akur dengan kehendak bapanya yang mahukan anak lelakinya untuk
menyambung legasi bisnes ini memandangkan dirinya sudah sebati dengan dunia perniagaan
sejak dari kecil lagi.<\/p>\n\n\n\n
\u201cSaya memang lahir dalam keluarga bisnes dan sudah berjinak-jinak sebagai usahawan sejak di
bangku sekolah lagi di mana saya menjual kad kepada rakan-rakan sewaktu berada di sekolah
rendah.<\/p>\n\n\n\n
\u201cNaik sekolah menengah, saya sudah mula menjual kerepek dalam bungkusan besar yang dikongsikan kepada kawan-kawan untuk dijual di dalam asrama.<\/p>\n\n\n\n
\u201cDi universiti pula saya mulakan pelbagai bisnes seperti hartanah, perkhidmatan membaiki komputer riba, jual aksesori komputer dan lain-lain lagi.<\/p>\n\n\n\n
\u201cApabila tiba hujung minggu dalam bulan Ramadan, saya akan pulang ke kampung dan bantu keluarga menguruskan perniagaan kerana Aidilfitri merupakan waktu kemuncak jualan.<\/p>\n\n\n\n
\u201cWalaupun rancak dengan bisnes, realitinya pada waktu itu keluarga saya tak nampak pun bisnes ini nak ke mana malah ibu saya sebenarnya mengharapkan saya menjadi seorang pendidik atau pensyarah yang bekerja di kerajaan seperti orang lain. Namun, semua itu berubah selepas beberapa tahun saya mengambil alih syarikat Salleh Food ini,\u201d ujar pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Salleh Food Industries Sdn.Bhd. ini.<\/p>\n","protected":false},"featured_media":1114,"template":"","class_list":["post-1112","magazine","type-magazine","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/wp-json\/wp\/v2\/magazine\/1112"}],"collection":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/wp-json\/wp\/v2\/magazine"}],"about":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/wp-json\/wp\/v2\/types\/magazine"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1114"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1112"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}