{"id":1063,"date":"2023-08-25T16:36:29","date_gmt":"2023-08-25T08:36:29","guid":{"rendered":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/?post_type=magazine&#038;p=1063"},"modified":"2023-08-29T21:27:00","modified_gmt":"2023-08-29T13:27:00","slug":"bil-54","status":"publish","type":"magazine","link":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/magazine\/bil-54\/","title":{"rendered":"BIL 54"},"content":{"rendered":"\n<p>Inai dengan masyarakat di Malaysia terutamanya kaum Melayu dan India bukanlah sesuatu yang asing lagi. Jika anda merupakan salah seorang penggemarnya, anda pastinya kenal dengan jenama Inai Republic, perintis inai kuku tersohor di Malaysia.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Syarifah Furaiha (Fara) selaku pengasas dan Ustaz Azam Azhary (Ustaz Azam) sebagai pengasas bersama, ia bermula selepas mereka ingin menyediakan alternatif yang lebih mudah buat kaum wanita untuk memakai inai kuku tanpa perlu membancuh lagi seperti dahulu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sebenarnya gemar memakai pewarna kuku tapi ia tidak begitu praktikal kerana perlu menanggalkannya apabila menunaikan ibadah. Jadi, alternatif lain adalah inai.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun begitu, inai yang ada di pasaran sekitar dua dan tiga tahun lepas kebanyakannya berwarna jingga dan tidak mempunyai pilihan warna. Semuanya jenis yang susah hendak dipakai kerana perlu ditumbuk, campur air, dibancuh dan sebagainya. Caranya begitu renyah dan sukar buat si pemakainya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi, kita pun nak hasilkan satu produk yang mana mudah untuk semua orang amalkan sunnah, mudah semua orang nak cantik-cantik ala-ala pewarna kuku. Inai Republic adalah inai moden ala-ala pewarna kuku, dengan lima pilihan warna tetapi boleh dibawa solat.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKini bukan sahaja orang berusia, malah semua peringkat usia pun sudah boleh gunakannya&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>sekarang tidak kira masa dan bukan hanya waktu kahwin semata-mata. Inai kini menjadi lebih modern and trendy. Begitulah kisah terciptanya Inai Republic ini,\u201d kongsi Fara.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"featured_media":1064,"template":"","class_list":["post-1063","magazine","type-magazine","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/wp-json\/wp\/v2\/magazine\/1063"}],"collection":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/wp-json\/wp\/v2\/magazine"}],"about":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/wp-json\/wp\/v2\/types\/magazine"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1064"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/thetitan\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1063"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}