by | May 7, 2023

KAFE SEBAGAI PELAN PESARAAN

Jika bercakap mengenai cinnamon roll, pasti semua menggemarinya, bukan? Enak untuk dinikmati tidak kira masa, ia juga boleh menjadi penyejuk hati yang berduka lara.

Berkemahiran dalam menyediakan cinnamon roll, Rosli Manaf yang merupakan pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Homebaker@Clover pada asalnya menjual hidangan tersebut sekadar suka-suka saja di rumah sejak 2019 dan ia menjadi semakin rancak sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Disebabkan permintaan yang begitu tinggi, beliau nekad untuk membuka kafe yang memfokuskan kepada manisan tersebut.

“Kita buka kafe yang pertama pada 2020 sewaktu baru sahaja menyertai SPIRE. Sebelum ini, saya pernah datang ke program yang dianjurkan Richworks seperti Zero Kos Marketing (ZKM) dan Millionaire Marketing Mastery (MMM). “Dari situlah saya sertai SPIRE dan terus buka outlet yang pertama. Niat saya pada mulanya hanyalah mahu membuka kafe sebagai persediaan selepas saya bersara. Begitulah jalan ceritanya.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 59

BIL 59

Kalau sebut saja tentang Zai Sri Gemilang, pasti anda akan mula terkenangkan keenakan hidangan yang disajikan sewaktu acara majlis perkahwinan yang...

BIL 58

BIL 58

Tak mudah untuk menggalas dua tanggungjawab berbeza pada waktu yang sama. Begitulah yang dirasai oleh Dr.Siti Nadzirah Zulkiffle yang merupakan...

BIL57

BIL57

Dunia hari ini segalanya boleh diakses di hujung jari. Kalau dulu nak beli barang basah kena pergi ke pasaraya. Sekarang, tidak lagi. Anda kini...

BIL 56

BIL 56

Biarpun pernah dipandang rendah sewaktu bekerja sebagai kelindan lori, namun Muhammad Nur Aiman Md Amran (Aiman) tilak pernah berkecil hati atau...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193