{"id":5685,"date":"2021-01-07T14:35:25","date_gmt":"2021-01-07T06:35:25","guid":{"rendered":"https:\/\/richworks.com\/?p=5685"},"modified":"2021-07-08T16:36:33","modified_gmt":"2021-07-08T08:36:33","slug":"3-isu-usahawan-perlu-beri-perhatian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/richworks.com\/stg\/3-isu-usahawan-perlu-beri-perhatian\/","title":{"rendered":"3 Isu Usahawan Perlu Beri Perhatian"},"content":{"rendered":"\n<p>Bukan mahu menakut-nakutkan, tapi ini adalah satu kenyataan yang telah diselidik oleh pakar-pakar ekonomi, kewangan dan ahli usahawan ternama dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Tahun 2021 pastinya berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya dengan pandemik yang masih berada dalam kehidupan kita. Apa yang akan menyebabkan usahawan boleh menjadi sedikit goyah adalah sama ada anda lebih bersedia untuk menghadapi satu perkara yang kita yakin akan berlaku di tahun 2021 iaitu cabaran yang lebih besar untuk bangkit kembali.<\/p>\n\n\n\n<p>Hey! Jangan nak terkejut sangat\u2026<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/richworksnow.com\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/masalah-bisnes-richworks-750x350.jpg\" alt=\"3 Isu Usahawan Perlu Beri Perhatian\"\/><figcaption>3 Isu Usahawan Perlu Beri Perhatian<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Sebagai usahawan perlu beri perhatian perkara ini, anda sepatutnya sudah menjangkakan akan berlaku kerana setiap kali anda nak meningkat naik dan berkembang, cabaran yang lebih besar pasti tersedia menunggu anda. <\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-style-large is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Tanpa cabaran, anda akan berada di satu tahap yang sama.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">3 Isu Yang Usahawan Perlu Beri Perhatian<\/h2>\n\n\n\n<p><strong>1) Isu dari segi tenaga kerja<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Anda pasti nak bawa bisnes anda ke tahap yang lebih besar di tahun 2021?<\/p>\n\n\n\n<p>Itu bermakna anda tak boleh bekerja seorang diri! Anda tak akan berjaya menjadikan bisnes anda lebih besar jika anda lah seorang diri nak uruskan akaun, nak uruskan pentadbiran, nak uruskan operasi, andalah yang terima pesanan dan anda jugalah yang membuat penghantaran!<\/p>\n\n\n\n<p>Limitasi yang manusia miliki ialah dari segi tenaga dan masa. Buat seorang diri memang tak akan menjadi, anda perlu mula fikirkan tentang ada satu <a class=\"rank-math-link\" href=\"https:\/\/richworks.com\/nak-kekalkan-key-leaders-yang-bagus-bukan-mudah-setuju\/\">barisan Key Leaders <\/a>dan team yang kuat dan menyokong misi visi syarikat anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Di RichWorks, kami takkan mampu adakan program yang dihadiri lebih 1.1 juta peserta jika hanya <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/azizanosmanofficial\/\" target=\"_blank\" aria-label=\"Datuk Wira Dr. Azizan Osman (opens in a new tab)\" rel=\"noreferrer noopener\" class=\"rank-math-link\">Datuk Wira Dr. Azizan Osman<\/a> sahaja yang ada di dalam RichWorks!<strong> Pasti ada team yang kuat di belakangnya.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Fikirkan dengan jelas, apa tugas yang anda boleh \u2018delegate\u2019 kepada orang lain, lantik mereka dan fahamkan mereka tentang matlamat syarikat, bantu mereka juga untuk capai impian mereka dengan bekerja bersama-sama anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Bila anda sudah jumpa seorang yang boleh jadi \u2018key leaders\u2019 terus latih mereka supaya boleh handle team yang lebih besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Isunya, anda akan menghadapi kesukaran untuk mencari team. Tak semua akan mahu bersama-sama anda untuk mencapai misi syarikat.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-pullquote\"><blockquote><p>\u201cOrang yang sama membawa anda untuk mencapai satu tahap, mungkin bukan orang yang sama juga yang akan membawa anda ke tahap lebih tinggi.\u201d<\/p><cite>Datuk Wira Dr. Azizan Osman<\/cite><\/blockquote><\/figure>\n\n\n\n<p>Apa yang anda perlu buat, teruskan \u2018<em>recruit<\/em>\u2019 dan cari team. Jangan berhenti, buat <em>\u2018Open Day\u2019<\/em> dan Temuduga Terbuka \u2013 lama kelamaan anda akan jumpa juga.<\/p>\n\n\n\n<p>2) Isu dari segi persaingan<\/p>\n\n\n\n<p>Makin lama, cara berniaga semakin mudah. Kewujudan <em>\u2018distribution channel\u2019 <\/em>yang yang pelbagai. Anda tak perlu ada kedai untuk berniaga, anda tak perlu ada website sendiri untuk berniaga secara online. <\/p>\n\n\n\n<p>Facebook ada memperkenalkan \u2018Marketplace\u2019 iaitu satu page yang membolehkan pengguna berurus niaga secara mudah di mana ianya menghubungkan pengguna Facebook dengan peniaga.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang lebih bagus, Marketplace boleh hubungkan pelanggan dengan peniaga mengikut lokasi. Jika anda travel ke luar negara, dan bila anda lihat Marketplace, akan tersenarai peniaga yang ada di sekitar kawasan anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, kedai-kedai online seperti Lazada, Shoppee, Amazon.com, Alibaba.com dan banyak lagi menjadikan anda lebih mudah untuk berniaga. <strong>TAPI<\/strong>, bila sesuatu menjadi mudah bermakna lebih ramai persaingan akan muncul.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Bak kata Datuk Wira Dr. Azizan Osman \u201cJika anda rasa anda pandai buat marketing, pesaing anda pun akan jadi lebih pandai untuk buat marketing&#8230; jika anda boleh <em>spend <\/em>duit untuk buat marketing, pesaing anda juga boleh <em>spend <\/em>lebih untuk marketing.\u201d<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Apa yang anda perlu buat ialah sentiasa menjadi lebih ke hadapan berbanding pesaing anda. Cari ilmu dan guru yang boleh memberikan anda ilmu yang lebih baru, yang lebih terbukti berjaya dan lebih berhasil. <\/p>\n\n\n\n<p>Sentiasa upgrade ilmu marketing anda, lebih bagus anda gunakan teknik yang tak memerlukan kos dan dapat membuahkan hasil.<\/p>\n\n\n\n<p>Kunci untuk marketing yang berhasil dan perniagaan yang berjaya berbanding pesaing ialah konsisten. Ramai orang ada masalah dengan konsisten. Gunakan ini sebagai faktor kemenangan anda.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>3) Isu dari segi teknologi dan kreativiti<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Suka atau tidak, kita sebenarnya berlumba dengan teknologi. Setiap masa, ada sahaja teknologi baru dihasilkan yang menjadi <a class=\"rank-math-link\" href=\"https:\/\/richworks.com\/tanpa-inovasi-boleh-mati-contoh-inovasi\/\">inovasi bagi manfaat orang ramai<\/a>. Semuanya demi untuk menjadi lebih mudah dan lebih pantas.<\/p>\n\n\n\n<p>Masalahnya, ramai usahawan \u2018lambat\u2019 dalam mengadaptasikan teknologi terkini dalam hidup mereka (melainkan mereka berniaga sesuatu yang berkaitan teknologi!). <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka juga berhadapan dengan masalah di mana mereka tiada idea untuk menjadi lebih kreatif. Membuatkan mereka ambil keputusan untuk ikut-ikut trend orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Kekuatan sesuatu bisnes juga terletak kepada kepantasan dan kreativiti \u2013 itu yang dapat menjadikan mereka berbeza. Seperti iPhone, kreativiti mereka dalam menghasilkan telefon tanpa keypad manual dan digabungkan dengan teknologi menjadikan pasaran handphone mereka pilihan nombor 1 di banyak negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Kreativiti dalam menyelesaikan masalah pengguna digabungkan dengan penyelesaian menggunakan teknologi terkini melahirkan banyak bisnes baru seperti <a href=\"https:\/\/www.grab.com\/my\/transport\/car\/\" target=\"_blank\" aria-label=\"Grab Car (opens in a new tab)\" rel=\"noreferrer noopener\" class=\"rank-math-link\">Grab Car<\/a>, Grab Food, Grab Delivery, Food Panda, dan banyak lagi di mana mereka melihat delivery sebagai satu masalah pengguna yang memerlukan jalan penyelesaian lebih pantas.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sebagai usahawan, anda tidak boleh memandang remeh 3 isu utama ini yang usahawan perlu beri perhatian. Ini adalah isu yang boleh melingkupkan bisnes jika tidak diberi perhatian sepenuhnya. <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>3 isu ini yang bakal menentukan perjalanan bisnes anda sekarang.<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bukan mahu menakut-nakutkan, tapi ini adalah satu kenyataan yang telah diselidik oleh pakar-pakar ekonomi, kewangan dan ahli usahawan ternama dunia. Tahun 2021 pastinya berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya dengan pandemik yang masih berada dalam kehidupan kita. Apa yang akan menyebabkan usahawan boleh menjadi sedikit goyah adalah sama ada anda lebih bersedia untuk menghadapi satu perkara yang<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":5695,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[112,121],"tags":[130,158,134],"class_list":["post-5685","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-businessreview","category-perkembangan-bisnes","tag-bisnes","tag-perniagaan","tag-usahawan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/stg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5685","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/stg\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/stg\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/richworks.com\/stg\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/richworks.com\/stg\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5685"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/richworks.com\/stg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5685\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11131,"href":"https:\/\/richworks.com\/stg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5685\/revisions\/11131"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/richworks.com\/stg\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5695"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/stg\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5685"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/richworks.com\/stg\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5685"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/richworks.com\/stg\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5685"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}