- 21/01/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Pembangunan Peribadi
Usahawan sebenarnya mampu bangkit kembali dari kegagalan. Ia merupakan pilihan anda untuk membiarkan ia begitu saja ataupun berbuat sesuatu untuk bergerak ke hadapan.
Kita semua pernah mengalami halangan dan kegagalan sama ada anda mahu mengakuinya atau tidak, itulah kebenarannya.
Persoalan penting adalah macam mana kita nak kembali bangkit dari kegagalan itu?
Sasaran yang ditetapkan tidak kena, jualan yang dijangka tak dicapai dan banyak lagi. Adakala ia disebabkan kesilapan yang anda sendiri lakukan dan ada masa ia disebabkan faktor di luar kawalan.
Kami percaya masa kegagalan itu, terdapat pelajaran penting yang boleh dipelajari. Apabila anda mencari jalan untuk mendorong diri agar bangkit semula, tetap bertahan tanpa rasa putus asa dan terus bergerak ke depan.
Usahawan perlu ada daya tahan
Satu perkara yang sangat penting apabila memikirkan kejayaan jangka panjang adalah daya tahan anda. Tidak kira sama ada anda seorang usahawan, pemimpin bisnes, ibu bapa, suami atau isteri, daya tahan merupakan faktor penting untuk berdepan dengan halangan-halangan dan seterusnya mencapai matlamat anda dengan lebih cepat.
Daya tahan ini yang membuatkan anda kembali bangkit ketika terduduk dan jatuh ekoran halangan serta cabaran-cabaran seperti ketika pandemik ini.
Apatah lagi ketika awal tahun baru ini, kita sudah tentunya merangka sasaran baru dengan membuat perancangan untuk buat sehabis baik sehingga mencapainya.
Bagaimanapun pemikiran ini mempunyai kelemahan yang mana tidak mengambil kira apa yang perlu dilakukan apabila berlaku halangan-halangan di sepanjang perjalanan kita. Apabila semangat tinggi pada mulanya itu makin hilang, daya tahan itu membuatkan kita terus bergerak.
Bangkit kembali : Anda mempunyai apa yang diperlukan
Daya tahan ini merupakan satu pilihan. Setiap kali berdepan ‘roadblock’, kita mempunyai pilihan sama ada untuk berhenti atau terus mencuba memecahkan dinding atau tembok itu.
Tidak apa jika anda ada rasa takut dan susah, apa yang penting adalah apa yang dilakukan selepas itu.
Adakah anda biarkan ketakutan terus menghantui atau cuba adjust dan terus maju ke depan?
Berikut kami kongsikan 4 strategi atau perkara yang boleh digunakan untuk bangkit kembali apabila berdepan dengan kegagalan halangan, cabaran atau kesusahan.
4 strategi untuk usahawan bangkit kembali :
- Sentiasa bersyukur
MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman selalu menyebutkan ayat ini dalam firman Allah S.W.T:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُم وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu mengatakan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih”. (Surah Ibrahim: 7)
Ayat di atas menerangkan bahawa Allah akan menambahkan nikmat bagi seseorang mukmin sekiranya dia bersyukur dengan nikmat tersebut.
Inilah sebabnya, anak didik beliau semua diajar untuk sentiasa belajar untuk bersyukur.
Masalah ramai orang yang membuatkan kenapa orang gagal terus gagal dan kenapa orang berjaya terus berjaya antaranya disebabkan bersyukur.
Sehubungan itu, apabila anda diuji dengan halangan dan kegagalan perlulah bersabar serta bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya.
Tapi bukan berhenti setakat itu saja, lihat balik di mana silapnya sebelum melakukan tindakan seterusnya.
2. Tulis wins anda
Rekodkan wins anda secara harian atau mingguan. Langkah ini merupakan tabiat penting yang dapat bantu anda untuk mempunyai keyakinan dalam diri.
Melalui senarai wins yang ditulis anda, ia akan menjadi peringatan yang jelas bahawa apa yang telah anda lakukan dengan baik.
Hal ini kerana halangan, cabaran atau kesusahan yang menimpa itu mudah untuk mengaburi perspektif dan pemikiran anda.
3. Kekal fokus kepada objektif anda
Kuncinya adalah dengan berhenti sebentar dan menilai semula apa yang boleh berhasil dan tidak berhasil sebelum membuat perubahan yang perlu. Bagi mereka yang mempunyai daya tahan akan melihat kegagalan itu sebagai satu lencongan di sepanjang perjalanan mereka.
4. Jaga kesihatan anda
Tabiat kesihatan yang baik seperti tidur yang cukup, bersenam dan makanan seimbang akan memastikan badan anda mempunyai tenaga diperlukan untuk berdepan dengan rintangan yang mendatang.
Masalah-masalah akan bertambah berat jika terlalu fokus kepada masalah itu saja hingga mengganggu tidur atau pemakanan anda.
Kesimpulannya, anda boleh mendapatkan lebih tinggi keyakinan apabila berjaya mengatasi lebih banyak cabaran dan halangan mahupun kegagalan. Anda semua mempunyai apa yang diperlukan untuk bangkit kembali dalam game ini. Tidak kira apa yang buatkan anda jatuh.
Halangan buat saya adalah orang tua x boleh tengok sy berniaga.,😔pasti ada pertengkaran mgakibatkan madam muka…