Unsung Hero, Usahawan Baju Kurung Berjaya Ubah Hidup

Sungguh menakjubkan. Itu antara kata yang boleh diungkapkan untuk menggambarkan betapa kagumnya kami terhadap para peniaga bergelar usahawan. Mereka mampu untuk mengejar impian yang tidak disangka-sangka. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga banyak memberi kesan kepada ekonomi negara dan juga memanfaatkan ramai masyarakat dan pengguna di Malaysia.

Pada kali ini kami akan kongsikan pada anda usahawan baju kurung, iaitu dua buah syarikat yang hanya bermula dengan menjual baju kurung sahaja. Dengan idea kreatif dan momentum yang padu, mereka telah berjaya membina syarikat dan jenama mereka dengan gah di dalam Malaysia. Siapa kata jual baju kurung tak boleh kaya dan berjaya?

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang dapat memberi manfaat untuk orang lain.” – HR Ibn Hibban

Apa yang membanggakan, mereka tidak hanya fokus untuk kepentingan sendiri sahaja. Itulah kunci kepada kejayaan yang mereka nikmati sekarang.

Mungkin ada antara anda telah mengenali individu-individu hebat ini. Jenama mereka menjadi buah mulut ramai dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri di dalam Malaysia. Jadi jom kita kenali usahawan baju kurung ini dengan lebih dekat lagi.

1. Hasnuri Sdn Bhd

richworks usahawan hasnuri

Hasnuri adalah nama yang tidak asing lagi bagi penggemar baju kurung di Malaysia. 7/10 rakyat Malaysia pasti sudah memiliki koleksi keluaran mereka. Apa yang menarik disebalik kisah tertubuhnya ‘Hasnuri Sdn Bhd’ adalah pada pengasasnya sendiri selaku CEO iaitu Encik Hasbullah awang dan isteri beliau, Nuriah Zakaria.

pengasas hasnuri Usahawan Baju Kurung

Kisah bagaimana mereka memulakan perniagaan pada ketika dahulu pasti akan memberikan buat hati pembaca. Mana tidaknya, seorang bekas guru sekolah dan suri rumah telah mengambil keputusan untuk meninggalkan karier demi memberikan perhati buat keluarga dan bisnes. Kini mereka berdua telah buktikan mereka telah berjaya.

Melihat kesungguhan dan semangat yang tinggi pada pasangan suami ini memberikan pengajaran yang berharga buat para peniaga di luar sana yang baru mahu mulakan bisnes.

Mereka tidak malu untuk berkongsi apabila ditanya tentang pengalaman mereka. Salah satu yang menarik perhatian kami adalah apabila mereka menceritakan bagaimana mindset mereka dahulu yang berniaga hanya bergantung kepada ‘nasib’.

Sudah tentu sebagai peniaga, banyak cabaran dan kesilapan lalu yang pernah mereka lakukan. Tapi, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menuntut ilmu dan mencari mentor yang boleh membimbing mereka. Mereka percaya, dari setiap dugaan dan kegagalan yang ditempuhi pasti akan ada sinar yang menanti.

Selepas dibimbing dan sentiasa berada di dalam persekitaran yang positif Hasnuri bangkit dan berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM4 juta pada tahun 2018. Setahun seterusnya, jualan mereka telah meningkat dengan mendadak sehingga mencecah RM21 juta!

Dengan azam yang tinggi dan semangat tidak putus asa yang tertanam di dalam diri, pada 2020 Hasnuri telah berjaya mencapai rekod jualan sebanyak RM40.5 juta setahun. Bayangkan, dengan hanya menjual baju kurung sahaja mereka boleh cipta rekod ini.

2. Sabella Holding Sdn Bhd.

richworks usahawan sabella 2

Sudah tentu anda sudah serasi dengan poster ini yang telah menghiasi kebanyakan billboard sepanjang jalan raya di dalam Malaysia. Bangga rasanya bila tengok kejayaan pasangan usahawan Melayu ini. Namun, ada kisah disebalik kejayaan usahawan baju kurung ini, yang sangat menarik untuk kita tahu supaya dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat.

“Kesukaran hidup sebelum ini sehingga tidak mampu membeli susu anak telah menjadi Big Why kenapa kami ingin berubah. Selepas menyertai Program Mentorship Datuk Wira Dr. Azizan, kehidupan kami mula berubah daripada sebuah mesin jahit kepada mempunyai warehourse sendiri bagi memenuhi permintaan pelanggan. Kejayaan Sabella ini diperoleh daripada hasil didikan dan bimbingan MenThor yang tanpa henti ingin membantu dan mengubah hidup ramai masyarakat di luar sana.”

Bagi pengasas Sabella, Tuan Mohd Sufian Sulaiman dan isteri beliau Puan Siti Fatimah Abd Samad, mereka sendiri tidak sangka yang mereka dapat mengecapi segala yang mereka tidak pernah impikan. Mereka amat bersyukur kerana telah membuat tindakan.

Perjalanan mereka bermula dari hanya sebuah mesin jahit dan beroperasi dari rumah sahaja, dengan berkat kesabaran dan kerajinan kini mereka mampu menarik nafas lega dengan pembukaan kilang seluas 30,000 kaki persegi tanpa pinjaman bank!

richworks usahawan sabella

Apa yang mereka capai pada hari ini adalah berkat daripada niat murni yang mereka telah tanam di dalam diri iaitu untuk membantu orang yang mengalami kesusahan hidup.

Pembukaan kilang Sabella pada awal Januari 2020 merupakan satu batu loncatan untuk mereka semua lebih berusaha untuk berniaga. Dengan berkembangnya syarikat, mereka mampu untuk membantu ramai orang di luar sana untuk jana pendapatan dengan menjadi dropship dan ejen.

Di samping itu, mereka juga mampu menggaji kakitangan yang sangat berkualiti untuk memacu potensi syarikat dengan baik. Disini kita dapat lihat bagaimana Sabella mampu mengenalpasti potensi individu-individu tertentu lantas mengurangkan kadar pengangguran.

Dengan adanya sistem dan bimbingan yang hebat, mereka mampu meningkatkan jualan dari RM1 juta setahun kepada RM24 juta pada tahun 2019. Pada tahun 2020, jualan mereka meroket sehingga hampir mencapai RM120 juta!

Siapa kata bisnes takkan laku diwaktu Covid-19? Sabella telah menyangkal kenyataan itu.  Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.

Tidak terkira berapa ramai orang sudah mereka bantu hasil daripada perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak terkeluar dari landasan untuk lebih memberikan manfaat buat pengguna, ejen, stokis dan kakitangan mereka.

Ini semua tidak mustahil untuk berlaku dengan langkah serta bimbingan yang telah mereka lakukan dan terima.  

Siapa sahaja yang menyelusuri kisah perjalanan usahawan-usahawan hebat ini pasti akan kagum. Mana tidaknya, pelbagai cabaran yang terpaksa mereka lalui  dahulu telah membentuk diri mereka sebagai individu yang berjaya.

Mereka wajar digelar unsung hero. Dengan tercetusnya perniagaan tersebut, mereka dapat memberikan banyak peluang pekerjaan kepada individu yang layak di luar sana. Di samping itu, mereka juga membantu banyak suri rumah dan orang ramai untuk menaiktaraf kehidupan dengan lebih baik.

Walaupun mereka telah menghasilkan jualan yang banyak, mereka masih tidak melupakan asal usul dan menjalankan tanggungjawab sebagai usahawan kepada masyarakat negara. Itu ciri-ciri seorang usahawan yang berguna.

Biarpun mereka semua telah menjadi usahawan yang berjaya, usaha mereka tidak hanya terhenti disitu. Mereka masih giat dan sentiasa menghasilkan idea baru bagi memastikan perniagaan mereka kekal relevan dan bertahta di hati pengguna. Syabas diucapkan! Semoga mereka akan mengecapi lebih banyak impian demi memberi manfaat kepada kita semua.

Kami berharap dengan perkongsian usahawan baju kurung yang berjaya mengubah hidup mereka ini dapat memberi inspirasi buat anda untuk terus berniaga. Tiada apa yang tidak boleh dicapai jika anda melakukan tindakan yang betul. Anda juga boleh jadi seperti mereka. Jangan putus asa, buat sampai jadi. Tidak mustahil anda pula usahawan berjaya yang seterusnya.

Dapatkan bimbingan dan ilmu perniagaan yang betul. Anda pasti boleh. Selamat maju jaya para usahawan.



Leave a Reply