Tunjukkan Daya Saing Anda. 5 Kelebihan Buat Usahawan

Patutkah peniaga takut kepada persaingan? Baru saja buka kedai makan di lot hujung sini, dah ada kedai makan baru di hujung sana? Macam mana?

Persaingan dalam bisnes adalah suatu perkara yang bagus jika anda bersaing secara sihat. Bukan saling menjatuhkan antara satu sama lain sehingga sanggup guna teknik kotor. Untuk dilihat sebagai peniaga yang bagus dengan perniagaan yang berkembang baik, anda perlu bersaing secara sihat.

Bila anda bersaing dengan sihat, anda bukan sahaja boleh berkawan dengan pesaing anda malah dapat berkongsi lagi ilmu perniagaan bersama mereka. Silap-silap, anda dan pesaing boleh saling bekerjasama.

Dalam Islam sendiri, kita digalakkan bersaing dengan sihat bukan ambil kesempatan atas peniaga lain. Persaingan yang sihat akan mencipta graf perkembangan yang baik terhadap kerjaya yang kita ceburi.

5 kelebihan daya saing dalam bisnes :

  1. Diri adalah musuh utama

Banyak peniaga yang tewas dengan diri sendiri sebelum bersaing dengan peniaga lain. Mereka tidak sedar yang diri sendiri anda pesaing sebenar dan musuh utama kejayaan. Bila anda dapat atasi segala kelemahan diri, barulah anda berjaya nak atasi orang lain.

Ukuran sebuah kemenangan adalah apabila kita mampu meningkatkan kualiti diri lebih baik daripada semalam. Kita tak perlulah nak iri hati atau dengki dengan kejayaan orang lain. Ingat! Bila ada kalah dalam pertempuran, anda harus bangkit dan bertarung sehabisnya.

  1. Mempertahankan kekuatan produk anda

Bila anda dah tahu kelebihan dan kekurangan pesaing anda, penting untuk anda pertahankan kekuatan produk dan perniagaan anda supaya pelanggan sedia ada tak lari. Apabila produk anda sudah melekat di hati pelanggan, maka peluang untuk mereka lari kepada produk lain sangat tipis.

Kunci inilah yang membuatkan kebanyakan produk di pasaran bertahan lama walaupun persaingan semakin bertambah.

  1. Sentiasa update perkembangan pelanggan

Jika anda pesaing yang competitive, bersainglah secara berhemah. Anda perlu tahu perkembangan semasa dunia bisnes dan menilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Anda perlu tahu perubahan minat dan keperluan para pelanggan lebih dahulu dari pesaing anda.

Untuk berikan nilai yang lebih pada pelanggan, lakukan survey secara berkala agar anda boleh tingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.

  1. Perancangan yang strategik

Bagaimana cara anda uruskan bisnes? Adakah anda buat plan sebelum lakukan apa-apa tindakan? Untuk menguruskan sesuatu persaingan, kita perlukan kepada perancangan yang strategik dengan memilih tindakan yang terbaik untuk respons kepada persekitaran yang dinamik.

Kita perlu bijak untuk mencari peluang baru dalam perniagaan. Belajarlah daripada pesaing-pesaing untuk mencipta idea baru dan unik yang mungkin belum diketengahkan lagi. Apabila kita gagal untuk merancang, sebenarnya, kita merancang untuk gagal.

  1. Kuasai wilayah anda.

Bila banyak persaingan dalam bisnes, secara tak langsung anda akan lebih sensitif dengan permintaan pelanggan. Ramai peniaga yang berani ambil risiko untuk berinovasi dengan bisnes mereka. Mereka sanggup mengambil cabaran besar untuk meningkatkan daya saing perniagaan.

Mereka akan keluarkan pelbagai produk terbaru atau menukar packaging lama kepada yang baru. Apa yang anda perlu buat ialah kuasai wilayah anda. Pasang banner dan edarkan flyers supaya prospek dan pelanggan nampak kewujudan perniagaan anda lebih besar dari pesaing.



Leave a Reply