- 22/03/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Perkembangan Bisnes
Bagi bisnes yang dijalankan dapat berkembang dengan lebih pantas, raving fan diperlukan. Raving fan ini merupakan sekumpulan pelanggan anda yang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan membuatkan mereka nak bercerita kepada orang lain.
Tapi tahukah anda selain daripada raving fan terdiri daripada pelanggan terdapat keperluan juga untuk mewujudkan raving fan dalaman sendiri.
Hal ini kerana apabila team anda sendiri percaya dengan tujuan, misi dan visi bisnes, maka secara tak langsung ia akan memberikan kesan positif kepada semua pihak berkepentingan.
Sehubungan itu, perlu mewujudkan raving fans dalam team anda sendiri dengan core value atau nilai utama bisnes, meraikan kejayaan besar mahupun kecil dan mewujudkan persekitaran yang dipercayai dan telus.
4 tips mula wujudkan raving fans team anda :
1. Nilai utama yang jelas dalam bisnes
Melalui nilai utama yang jelas dapat membantu team anda untuk bergerak bersama bagi mencapai misi dan misi bisnes. Justeru itu, nilai utama ini perlu jelas supaya dapat memberikan impak yang digunakan dalam membuat keputusan dan strategi.
2. Raikan wins besar mahupun kecil
Kemenangan yang diraikan tidak kira kecil atau besar dapat mengingatkan team tentang kejayaan yang dikecapi dalam bisnes anda.
Melalui langkah ini, ia dapat memberikan semangat dan penghargaan kepada ahli team yang mencatatkan kejayaan mereka disamping mengingatkan bahawa betapa bermakna kerja yang mereka jalankan.
3. Terapkan kejujuran
Kejujuran yang diamalkan kepimpinan dapat membuatkan team anda mengikuti perkara yang sama. Bahkan ia dapat memperkukuhkan kepercayaan dan kepuasan dalam team.
Ada masa perlunya untuk kita memberikan maklum balas yang konstruktif dan tegas dalam team.
4. Bina suasana menyeronokkan
Wujudkan persekitaran kerja yang menyeronokkan. Suasana menyeronokkan dapat mempengaruhi team anda yang dapat mengeratkan kesatuan dalam team.
Sehubungan itu, melalui raving fans dalaman ini, membolehkan anda melihat perubahan sikap dan etika kerja dalam team. Ia boleh menghasilkan budaya malah mempengaruhi pelanggan-pelanggan.
Maka bukan saja anda akan mempunyai raving fans dalaman malah luaran yang dapat bantu kembangkan bisnes lagi.
Ter baik
Terima kasih Puan Wan Laleyati. Awesome!
Sebelumnya saya ucapkan terimakasih yang sudah memberi informasi,saya mohon beribu maaf,belum bisa bergabung,krna sy tinggal dijkt
Yes bagus tu walaupun jauh tetap bersama Richworks . Terima kasih semoga Tuan tercapai segala impian.