Mengapa Susah Nak Ubah Hidup dan Tahap Kewangan?

Sudah nak ke penghujung bulan Januari 2020! Masih anda ingat apa azam dan impian yang anda tuliskan di awal tahun? Dah di tahap mana anda sekarang? Ada sebarang perkembangan? Ada peningkatan tahap kewangan anda?

Alhamdulillah, jika anda dah mulakan tindakan tapi sebenarnya ramai orang di luar sana yang mungkin dah ‘buat-buat lupa’ tentang azam mereka. Ini 3 perkara penting kenapa ramai orang masih tak bertindak untuk capai impian,  perbaiki hidup dan tahap kewangan mereka.

3 Perkara Seseorang Tak Bertindak Bagi Ubah Hidup & Tahap Kewangan :

PERTAMA: 80% dari orang ramai di luar sana tidak ada matlamat yang jelas dan tidak fokus dengan apa yang mereka mahu. Mereka ada kekecewaan dan kebengangan dalam hidup, mereka tahu mereka mahu ubah hidup dan tak sanggup lagi hidup dalam keadaan yang teruk.  Malangnya mereka tak senaraikan apa yang membuatkan mereka tak selesa.

Sepatutnya mereka dah start senaraikan apa perkara yang menyebabkan mereka tak rasa selesa dalam hidup. Contohnya “Aku tak gembira dengan tahap hidup sekarang, aku tak gembira sebab masih banyak benda yang aku tak dapat capai.”

Dan apa yang anda rasa tak gembira ini adalah sesuatu benda yang kita boleh kawal. Ramai orang sibuk komplen tentang apa yang mereka tak gembira dan ianya di ruang kawalan diri sendiri, seperti tak gembira dengan artis, dengan menteri dan ramai lagi sedangkan apa yang kita ada kita tak fokus untuk betulkan.

Kesilapan ramai orang lakukan ialah bila mereka rasa tak gembira dengan apa yang berlaku ke atas diri sendiri tetapi mereka tak buat apa-apa tindakan. Mereka tak tulis dengan jelas apa yang mereka tak gembira sebaliknya sibuk complaint dan cerita hal orang.  

Kata Datuk Wira Dr Azizan Osman “Peringatan untuk saya dan semua, lebih lihat kepada diri sendiri dan cuba perbaiki dan jangan sibuk nak lihat kelemahan orang dan komplen…”

Kenal pasti apa kekecewaan anda, apa yang anda nak ubah atau perbaiki, dan ingat setiap hari. Fokus untuk ubah diri dan cari ilmu untuk buat tindakan.

KEDUA: Tak ada strategi dan sistem untuk bantu mereka berjaya. Ramai orang tak ada kumpulan sokongan atau ‘circle’ yang boleh bantu ‘push’ diri sendiri untuk fokus dan konsisten dalam tindakan. Ramai orang gagal sebab tak tahu cara, strategi dan sistem yang boleh bantu anda berjaya dalam tindakan yang anda buat.

Cuba cari MenThor atau sesiapa yang dah berjaya capai apa yang anda nak capai dan belajar dari mereka.  ‘Follow’ mereka rapat-rapat dan sedut ilmu serta tiru sikap dan tindakan mereka.

Ini akan bantu anda untuk ubah hidup, ubah tahap kewangan dan capai apa yang anda impikan. Kalau mereka dah pernah lalui cabaran yang anda sedang lalui, dan mereka dah berjaya…jadi apa salahnya untuk anda tiru sahaja cara mereka.

Isunya, tak semua orang yang berjaya mahu kongsikan rahsia kejayaan mereka. Anda kena berusaha lebih sikit untuk cari individu yang dah berjaya yang sanggup berkongsi ilmu.

KETIGA: Cuba fikir dah berapa lama kita tak rasa gembira dengan diri sendiri? Apa yang pernah kita lakukan untuk mengubahnya? Isu ramai orang, mereka gagal untuk capai apa yang mereka nak capai ialah kerana mereka tak ada ‘Massive Action’ – tindakan luar biasa.

Ramai orang pilih untuk hangat-hangat tahi ayam. Tindakan yang mereka ambil tak konsisten dan tidak luar biasa. Mereka mudah mengalah dengan cabaran dan mudah terganggu dengan perkara-perkara lain.

Bila ditimpa cabaran, mereka mudah putus asa dan berhenti bertindak. Yang paling teruk mereka cuba pula buat benda baru, dan hasilnya akan sama kerana ianya adalah bergantung kepada sikap anda sendiri.

Belajar sesuatu dari sharing ini? Nak ubah hidup dan tahap kewangan anda?

Jika anda nak ubah hidup anda dan nak mulakan langkah pertama, anda boleh mulakan dengan menonton video-video yang kami berikan di Facebook – akaun official Datuk Wira Dr Azizan Osman dan YouTube Azizan Osman untuk dapatkan ilmu percuma.

Selain itu, program Bina Bisnes Berjaya juga akan diadakan pada 30 & 31 Januari yang ditaja sepenuhnya RichWorks bagi menyediakan bangsa usahawan pada tahun 2021 ini.



Leave a Reply