BEKAS JURURAWAT JANA RM6.9 JUTA DENGAN HANYA BERNIAGA PRODUK PENJAGAAN RAMBUT

Pada Disember 2019, jenama Faith Fleur by Ctymary telah menerima 2 anugerah di Asia Pacific Top Excellence Brand – Book of The Top iaitu Top Excellence Brand dan Top  Beauty, Slimming & Hair Trusted Brand. Inilah antara kejayaan pasangan suami isteri Puan Siti Mariam Abd Samad dan Tuan Muhamad Abdul Halim Bahadorisam membina bisnes produk penjagaan rambut Faith Fleur mereka.

Untuk mereka bina bisnes hingga ke tahap ini bukan sesuatu yang mudah. Ketika Siti Mariam berusia 24 tahun, beliau mulai sedar bahawa hidupnya sarat memikul beban hutang. Hutang PTPTN, hutang pinjaman peribadi, hutang kedai perabot dan hutang Ah Long yang kesemuanya berjumlah lebih dari RM100,000. 

Walaupun Siti Mariam ketika itu bekerja sebagai jururawat, bebanan hutang itu menyebabkan gaji yang diperoleh setiap bulan tak cukup. Jadi, beliau cuba untuk berniaga produk orang. Tapi malangnya, rasa malu menghalang beliau untuk buka mulut dan buat marketing.

Suaminya, Halim pula mencari pendapatan sebagai peniaga pasar malam. Jika tidak berniaga di pasar malam, beliau akan bekerja di kedai makan ibunya dengan gaji RM50 sehari.

Lebih menyakitkan apabila di awal perkahwinan, Siti Mariam ambil keputusan berhenti kerja tanpa berfikir akibat yang akan dihadapi. Setiap hari beliau terpaksa terima panggilan telefon dan amaran dari ‘debt collector’ kerana tak mampu nak bayar hutang.

Tertekan dengan situasi yang berlaku, Siti Mariam mula menjadi ejen kepada perniagaan orang lain. Dari sini beliau mula berbisnes dan kembali bekerja sebagai jururawat. Tapi malang tetap datang satu persatu. Hutang tetap bertambah dan kehidupan yang tertekan menyebabkan Halim pernah bekerja sebagai ‘pomen motor’ dengan gaji hanya RM20 sehari. 

Selepas hadir ke Program RichWorks perjalanan bisnesnya mula menjadi semakin senang. Beliau mula ada jenama sendiri, permintaan terhadap produknya bertambah dan bilangan ejennya juga semakin ramai sehingga mampu membuat jualan jutaan ringgit setahun.


Bermenthorkan Datuk Wira Dr Azizan Osman, Siti Mariam dan Abdul Halim tak gentar dengan persaingan. Datuk Wira Dr Azizan Osman sentiasa menasihati dan membimbing mereka untuk kembangkan bisnes sehingga kini dah ada 700 stokis serta ejen dan lebih dari 50 billboard sedangkan tak sampai 5 tahun dulu pasangan ini hidup dikelilingi hutang keliling pinggang. 

Pada tahun 2018 ketika beliau menjadi ahli Titanium Circle jualannya RM3.9 juta dengan hanya 300 orang ejen dan stokis. Setelah menjadi ahli Titanium Premier yang boleh dapat bimbingan dan coaching yang lebih rapat dan akses lebih personal dari Dr Azizan Osman, pada 2019 salesnya meningkat naik sebanyak 72.8% iaitu RM6.9 juta.

Leave a Reply