Barakah Group : Peningkatan Walaupun PKP Dengan Bimbingan RichWorks. Capai Jualan Lebih RM2 Juta Tahun Lalu

Pemilik SP Barakah Agency (Barakah Group), Tuan Zamzuri Zakariya bersyukur apabila bisnes yang diusahakan makin berkembang dengan ilmu dan bimbingan RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Barakah Group dengan kepakaran membantu para ahli keluarga menyediakan plan perlindungan terbaik di waktu pandemik sedang melanda Malaysia ketika ini.

“Alhamdulillah bisnes semakin growth dengan ilmu Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks walaupun berlaku pandemik. Bisnes meningkat 100% berbanding Januari tahun lalu (2020),” katanya.

Barakah Group berjaya tempuh cabaran 2020

Ilmu dan sistem pembelajaran online RichWorks setiap masa seperti sesi SPIRE weekly fokus bersama MenThor berjaya membantu ramai usahawan.

Mereka dapat keluar daripada masalah berbanding kebanyakan bisnes di luar tak dapat diteruskan sebab tidak tahu caranya ekoran tiada MenThor atau bimbingan cari penyelesaian pada masalah mereka.

Dalam keadaan bisnes sekarang, ramai terkesan dengan lebih 800,000 hilang pekerjaan dan banyak syarikat ditutup.

Tapi dengan ilmu yang diajar oleh RW, beliau dan team dapat terus menawarkan peluang pekerjaan pada yang memerlukan.

Disamping itu, Barakah Group juga merasakan jika tiada bimbingan mereka mungkin tak dapat berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan.

Hasilnya pada 2020, jualan mencapai lebih RM2 juta berbanding hanya RM1juta lebih pada 2019. Selain itu team Barakah Group juga semakin bertambah.

Tuan Zamzuri memberitahu, bangsa usahawan dan mereka berminat nak berniaga perlu ambil peluang dan buat persediaan dulu dengan ilmu dan bimbingan yang disediakan RichWorks.

“RichWorks yang sudah terbukti berjaya membantu ramai usahawan berjaya seperti jenama Sabella dan Mamasab yang mana bermula dengan jualan puluhan ribu sahaja pun dapat mencecah lebih RM100 juta pertama bersama RW.”

Tuan Zamzuri
https://www.youtube.com/watch?v=TRwe4kyRBZE&ab_channel=AzizanOsman

Leave a Reply