APA ITU PROGRAM MENTORING SPIRE?

Berapa ramai dari anda yang hasil jualan bisnesnya hanya cukup-cukup makan? Hasil jualannya STAGNANT, masih kekal di tahap yang sama? Sampai bila?

Ramai usahawan di luar sana ingin dibimbing agar mereka tak sesat jalan lagi! Ramai juga di antara mereka yang mahu menjadi salah seorang usahawan yang namanya gah di Malaysia dan juga di luar negara! 

Adakah anda ingin menjadi seperti usahawan lain yang berjaya? Adakah anda sudah bersedia untuk dibimbing? Sudah sedia untuk di mentor kan? 

SPIRE adalah satu Program “Mentoring Membership” yang membantu anda untuk terus upgrade ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes anda untuk berada di landasan yang betul (On Track) dalam membaik pulih sistem bisnes anda.

Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat untuk berkembang dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online untuk zaman digital serta untuk anda usahawan yang boleh menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini ‘at anywhere & anytime’.

 

Bagaimana SPIRE Dapat bantu Tingkatkan Tahap Bisnes Anda?

1. Anda Akan Dapat Akses Pembelajaran Melalui Online Berkenaan Strategi Bisnes. 

Dalam bisnes, jika kita tahu strategi mengenali sasaran yang tepat ia akan menjimatkan banyak masa, wang dan meningkatkan jualan kita dengan mudah.

2. Anda Dapat Mengelak Daripada Melakukan Kesilapan Yang Besar.

“Success leaves clues”. Kebanyakan cabaran perniagaan adalah sama. Anda akan dapat belajar setiap kejayaan yang dilakukan oleh ahli lain. Sama ada ia menaikkan jumlah jualan, menguruskan aliran tunai dan banyak lagi.

3. Tumpukan Pada Perkara Yang Penting.

Adakah anda sangat mudah hilang dari fokus perniagaan anda? Mengelilingi diri anda dengan orang yang akan membantu untuk fokus pada perkara yang akan kembangkan tahap perniagaan anda.

4. Berkembang Maju Dalam Persekitaran Orang Yang Bermentaliti Usahawan Berjaya.

Sebagai seorang usahawan, anda mempunyai semangat dan bergerak dengan pantas. Tetapi tidak semua orang mempunyai semangat yang sama seperti anda. Dalam SPIRE, anda akan dikelilingi oleh orang yang berfikiran untuk menjadi usahawan yang berjaya dan ingin menjadi yang terbaik dalam diri dan bisnes. 

 

KRITERIA sPIRE

– Mempunyai bisnes sekurang-kurangnya 6 bulan operasi
– Purata bulanan jualan sekurang-kurangnya RM30,000 sebulan
– Merupakan seorang pemilik syarikat, staff, stokis, agen atau dropship dalam bisnes yang dijalankan
– Bersedia untuk memberi komitmen sepenuh masa

Berminat untuk jadi ahli SPIRE? Isi maklumat anda di bawah untuk Team Richworks hubungi anda.

 

DISCLAIMER: The RichWorks’ Training Program is designed to guide the Client to learn how to consistently achieve results and make purposeful choices. Although good faith efforts have been taken to preserve Client confidentiality, RichWorks makes no guarantees in this regard or to information communicated by and between Clients in this program. The success of the Clients are also the result of several factors inclusive of personal motivation and intentions, attitudes, knowledge, perseverance, hard work and determination.

PENAFIAN: Program Latihan RichWorks direka untuk membimbing Klien untuk belajar bagaimana untuk mencapai kejayaan secara konsisten dan membuat pilihan yang sesuai. Walaupun usaha sebaiknya telah diambil untuk mengekalkan Privasi Pelanggan, RichWorks tidak memberikan jaminan dalam hal ini atau untuk maklumat yang dikomunikasikan oleh dan antara Klien dalam program ini. Kejayaan Klien juga merupakan hasil daripada beberapa faktor termasuk motivasi dan niat peribadi, sikap, pengetahuan, ketekunan, kerja keras dan tekad.