Sentiasa Mengingati Allah Dan Kekasihnya – Jadikannya Matlamat Utama Dalam Hidup.

Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, Kekasih Allah.  Pejuang untuk umatnya, pemberi syafaat kepada umatnya.  Insan yang bertungkus lumus untuk memastikan umatnya masuk syurga, insan yang mengetepikan semua nikmat yang mampu dimilikinya, dan menyerahkannya untuk Islam dan umatnya.

Ada dua perkara yang Rasulullullah sentiasa tunjukkan kepada umatnya yang sepatutnya menjadi contoh dan matlamat kehidupan kita.  Ramai orang mengadaptasi hidup tokoh yang jauh-jauh yang tidak begitu dikenali sedangkan Rasulullah ini yang sudah diperkenalkan oleh ibu bapa dan para guru kita sedari kita kecil – kita lupakan malahan cuba untuk menjadi lebih jauh dengannya.

Dua perkara tersebut adalah ajarannya dan akhlaknya.

Rukun ke empat dalam Rukun Iman – Percaya kepada Rasullullah sepatutnya menjadi pegangan utuh di hati setiap umat Islam.  Rasulullah telah menjanjikan syafaatnya kepada umatnya di akhirat kelak terutama kepada mereka yang sentiasa mengingatinya di waktu pagi dan petang, di waktu senang dan susah, di waktu gembira dan sedih. Sedangkan para nabi lain telah menggunakan syafaat atau kelebihan yang Allah berikan kepada mereka untuk diri sendiri tetapi Nabi Muhammad SAW menyimpannya untuk umatnya di akhirat kelak.

Ya Rasulullah – betapa kasihnya Engkau kepada umatmu walaupun kami alpa dan lupa tanggungjawab kami sebenarnya.

Akhlak Rasullullah adalah akhah yang sepatutnya menjadi benchmark dalam kehidupan kita.  Sifat dan sikap terpuji baginda ini sangat menarik perhatian bapa saudaranya, Abu Talib. Sebab itulah perasaan kasih sayang kepada anak saudaranya itu semakin mendalam. Ummu Aiman, pengasuh baginda pernah berkata, ‘dari sejak kecil hingga dewasa, tidak pernah saya melihat dia (Muhammad) mengadu kelaparan atau kehausan. Dia selalu minum air zam zam. Apabila saya mengajaknya makan tengahari, maka dia mengatakan bahawa dia sudah kenyang’.

Rasulullah tak pernah komplen atas segala kekurangan. Fokusnya sangat kuat – hanya untuk menunaikan suruhan Allah menyampaikan wahyu dan menyebarkan Islam, walau apa sahaja rintangan dan halangan.  Tidak pernah ada keluhan dan rungutan dari baginda.

Dalam kita sibuk mengejar kejayaan dunia, seharusnya kita tak melupakan kejayaan kita di akhirat.  Sepatutnya, kemampuan untuk mengingati Allah dan Rasulnya setiap masa dan ada masa yang lebih banyak  yang boleh diluangkan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah dan mengingati Rasulullah sepatutnya menjadi matlamat utama kehidupan umat Islam.

Berapa ramai dari kita yang masih kelam kabut mengejar masa setiap hari sehingga hanya mampu meluangkan baki-baki masa yang ada untuk beramal ibadat? Solat di akhir waktu, dalam keadaan terkejar-kejar dan tidak mampu untuk khusyuk sebaiknya kerana berlari serta berlumba dengan urusan kerja dan bisnes.

Berapa ramai dari kita yang tak mampu untuk menghadiahkan sekurang-kurangnya 100 selawat sehari kepada Rasulullah SAW yang sentiasa mengingati umatnya, hanya kerana kita terlampau sibuk untuk mengingati benda-benda lain?

Akan tiba masanya kita akan ‘ada ruang masa’ untuk benar-benar  boleh luangkan waktu untuk beramal ibadat sebaiknya, bila kita sudah mampu menjana pendapatan  tanpa perlu penglibatan diri kita sepenuhnya.  Dan ianya hanya boleh kita capai bila kita mampu ada perniagaan dan team yang dapat bantu kita untuk memiliki masa.

Di Richworks, inilah antara fokus utama kami, menghasilkan usahawan jutawan yang kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.  Segala kekayaan di dunia digunakan untuk bekalan di akhirat, segala masa yang mampu dimiliki di dunia diluangkan sebaiknya untuk kehidupan lebih baik di akhirat.

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, bersama-sama kita memperbanyakkan selawat, sama-sama memperbaiki amal ibadah dan juga juga cuba memperbaiki akhlak sebaik Rasulullah.

MENGENAL AKHLAK JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW ﷺ

  • Baginda selalu diam.
  • Berbicara ketika perlu.
  • Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
  • Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
  • Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
  • Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
  • Berfikir terus-menerus.
  • Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
  • Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
  • Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
  • Marah bukan kerana nafsu.
  • Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
  • Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
  • Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
  • Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
  • Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
  • Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.
  • Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله
  • Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.
  • Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
  • Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
  • Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
  • Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
  • Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak dan segala yang tidak diperlukan.
  • Tidak pernah mencela dan memaki hamun orang lain.
  • Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
  • Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
  • Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
  • Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
  • Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
  • Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.
  • Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
  • Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
  • Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
  • Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.
  • Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
  • Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.
  • Paling berlapang dada.
  • Paling tepat dalam berbicara.
  • Paling halus keperibadiannya.
  • Paling ramah & beradab dalam pergaulan dan muamalahnya.

Sumber: Bahagian Dakwah Jakim



Leave a Reply