Rahsia Kejayaan Warren Buffett

Warren Buffett merupakan salah seorang pelabur yang berjaya di dunia sepanjang zaman.

Mengikut Fobers, setakat 9 Mei 2021 Buffett yang berusia 90 tahun merupakan orang keenam terkaya di dunia dengan net worth yang bernilai US$109.8 bilion.

Salah satu kunci kejayaan beliau yang dilakukan dan dikuti selalu adalah dengan ‘pergi tidur dengan lebih bijak setiap hari’.

Ia dikenali sebagai formula Buffett.

“Itulah cara untuk membina ilmu pengetahuan. Seperti faedah kompaun,” katanya.

Secara terori, formula ini akan dapat memberikan kita kelebihan dalam kehidupan ini seperti yang dimiliki oleh Buffett. Bagi mempraktikkannya, anda boleh mula bersenamkan ‘minda’ seperti dilakukan beliau.

Buffett tahu bahawa minda ini merupakan senjata paling kuat untuk berjaya dalam bisnes. Sehubungan itu, minda ini perlu terus dikembangkan dengan beberapa cara yang boleh kita lakukan.

4 cara untuk kembangkan minda anda :

1. Membaca dengan banyak

Warren Buffet terkenal dengan tabiat membacanya yang menjadi penyumbang kepada asas untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Beliau mengakui duduk di pejabatnya dan membaca setiap hari.

Beliau meluangkan masa sekitar 80 peratus sehari untuk membaca dan menyarankan kepada orang ramai untuk mencapai kejayaan sama dengan membaca 500 muka surat sehari.

Mungkin kebanyakan daripada kita tak mampu mengikuti nasihat ini dengan membaca 500 mula surat sebaliknya mula membaca mengikut kesesuaian dengan bermula dengan sedikit dahulu.

Mungkin 10 muka surat kemudian 20 muka surat dan meningkatkan pembacaan agar dapat menambah baik ilmu pengetahuan kita.

2. Wujudkan masa untuk ‘duduk dan berfikir’

“Saya mengesa dalam banyak masa yang digunakan, setiap hari untuk hanya ‘duduk dan berfikir’. Ia mungkin asing bagi bisnes di Amerika,” jelasnya.

Mungkin kita fikir, banyak perkara perlu dilakukan berbanding hanya duduk dan berfikir namun kajian dibuat ahli psikologi Stanford Universiti, Carol Dweck membuktikan sebaliknya.

Dweck mendapat kejayaan dalam setiap aspek bagi manusia boleh dipengaruhi dengan bagaimana kita berfikir mengenai bakat dan keupayaan yang dimiliki.

Beliau melihat kekuatan kegigihan melalui tabiat dan kerja keras berbanding kejayaan yang datang daripada kerja lebih masa yang berlebihan dengan senarai perkara perlu dilakukan tanpa henti.

Menurutnya, ia dipanggil growth mindset yang diperlukan untuk berjaya berbanding fixed mindset.

Warren Buffett menggunakan growth mindset dengan merancang masanya untuk membaca, belajar dan berfikir yang membantunya dalam membuat keputusan yang penting.

Baginya, perkara itu sudah menjadi sesuatu yang semula jadi umpama kita menunggang basikal.

3. Melabur kepada pembangunan diri

“Pelaburan paling penting yang boleh anda lakukan ialah dengan melabur kepada diri sendiri,” ujar Buffett.

Pelaburan ini termasuk memilih untuk pendidikan, latihan dan pembangunan profesional yang betul bagi kemajuan dalam hidup dan bisnes ini.

Buffett melabur pada peringkat awal untuk menambah baik keupayaan untuk berkomunikasi yang dilihat akan meningkatkan nilai seseorang.

4. Kelilingi diri anda dengan orang yang betul

Menerusi pengalamannya, pengajaran yang diperolehi adalah untuk berada dikeliling orang yang lebih baik atau hebat berbanding anda.

Buffett memberitahu, jika anda bersama dengan orang yang lebih baik, maka anda juga akan dibawa menjadi lebih bagus.

Sebaliknya, jika anda berada bersama orang yang lebih buruk maka nanti anda juga akan mula jatuh dan berada sama seperti mereka.

Orang yang kita pilih untuk berada di keliling merupakan sesuatu perkara penting dalam perkembangan kerjaya atau bisnes anda.

Pilihan anda untuk bersama dengan mereka yang berjaya dengan tabiat-tabiat baik ataupun mereka yang suka beri alasan, mengadu dan negatif yang hanya akan mengehadkan kejayaan anda.



Leave a Reply