- 17/05/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Pembangunan Peribadi
Percaya atau yakin dengan diri sendiri antara perkara penting bagi kita dapat membuat perubahan atau tindakan untuk mencapai impian.
Malah dengan keyakinan tersebut sangat membantu dalam soal kepimpinan kerana dapat memberikan inspirasi dan bantu menguruskan orang lain.
Cuba kita lihat orang yang berjaya seperti Elon Musk, Steve Jobs dan banyak lagi yang mana mereka percaya dengan diri sendiri.
Meskipun ada yang bermula hanya dari garaj, secara kecil-kecilan namun mereka percaya dengan diri dan apa dilakukan hingga berjaya mencapai kejayaan. Mereka sanggup bangkit kembali meskipun mengalami halangan, cabaran mahupun kegagalan bagi mencapai impian.
Percaya dengan diri juga merupakan langkah pertama anda untuk mencapai kejayaan. Bagaimanapun, adakalanya ia tidak datang secara semula jadi. Sebaliknya, ia boleh dibina dan dilatih untuk kita percaya dengan diri untuk mencapai kejayaan.
Berikut kami kongsikan beberapa perkara yang dapat membantu dalam melatih dan membina keyakinan dalam diri ini.
3 perkara boleh dilakukan untuk bina keyakinan diri :
1. Ketahui wins anda
Tidak kira wins atau kejayaan kecil pun, anda perlu raikannya. Daripada wins kecil, lama-lama ia boleh membantu anda untuk mencapai wins yang besar.
Kunci di sini adalah untuk membina sikap kita dalam membiasakan diri dengan wins. Ia dapat memberikan kita rasa keseronokan dan kepuasan yang akan membuatkan kita terus bersemangat dan usaha lagi untuk capai wins lebih besar nanti. InsyaAllah.
2. Berinteraksi dengan pelanggan
Pelanggan boleh dikatakan sebagai kompas yang dapat menunjukkan kita kepada arah yang betul. Sehubungan itu, sebagai usahawan kita perlulah ketahui dan mendengar apa yang pelanggan mahukan pada hari ini.
Dengar secara aktif pelanggan anda merupakan cara yang efektif bagi mendapatkan maklum balas. Kita akan lebih faham bagaimana mereka rasa tentang anda dan bisnes.
Malah ia akan meningkatkan keyakinan anda dalam terus berusaha bagi mencapai kejayaan.
3. Dapatkan MenThor dan circle yang betul
Keyakinan juga boleh datang berikutan adanya MenThor dan circle yang betul iaitu usahawan yang positif dan berjaya.
Ini merupakan cara yang terbaik dalam mendapatkan bimbingan di samping dengan circles yang membantu kita untuk terus bersemangat dan dapat belajar antara satu sama lain.
MenThor yang berpengalaman dan terbukti telah melahirkan ramai usahawan berjaya juga dapat berikan kita kepastian ketika hendak melakukan sesuatu tindakan atau keputusan besar yang mempengaruhi bisnes.