Pentingnya Respons Pantas Dalam Bisnes

Berapa cepat anda response PM pelanggan anda? Pernah tak bila anda lewat response, pelanggan anda terus komplen dan marah-marah anda? Anda fikir kenapa?

Anda tahu, bila pelanggan kritik bisnes anda, beri feedback yang kurang senang, pasti ada yang tak kena dengan servis yang anda berikan pada mereka. Jika mereka berpuas hati dengan servis anda, pasti mereka akan puji dan jadi pelanggan setia anda.

Sekiranya mereka berikan kritikan, ini masanya untuk anda tingkatkan servis bisnes anda seperti memberi response dengan cepat bila mereka tidak berpuas hati. Apa yang patut anda lakukan bagi mengelakkan bisnes anda terus dikritik oleh pelanggan?

  1. Servis yang efisien

Setiap pelanggan ada tabiat masing-masing. Ada yang punyai tahap kesabaran yang tinggi dan ada yang jenis tak sabar. Semua benda nak cepat je. Apa akan jadi bila anda response mereka lambat? Pasti mereka tak akan PM anda lagi dan mula sebarkan cerita yang anda main-main dalam bisnes, betul? Bagi elakkan anda dapat pelanggan sebegini, berikan servis yang efisien dan lebih efektif pada mereka.

  1. Upgrade bisnes

Jangan lupa untuk tingkatkan diri dan bisnes anda dengan ilmu yang bermanfaat. Anda mungkin lambat response sebab anda tiada ilmu atau kurang pengetahuan tentang dunia perniagaan, betul?

Oleh itu, upgrade lah dengan mencari ilmu yang betu-betul diyakini dan dah ada proven result. Anda tahu, duit boleh dicari, tapi ilmu yang bermanfaat susah nak dapat. Apa salahnya anda keluarkan sedikit modal untuk mencari ilmu, boleh?

  1. Lebih sensitive

Bila anda terjebak dengan dunia perniagaan, anda bukan sahaja kena sensitive dengan pasaran semasa, malah sensitive dengan permintaan pelanggan. Pelanggan adalah raja, tanpa mereka, bisnes anda susah nak ‘jalan’.

Sekiranya mereka suarakan pendapat, cuba ambil berat dan jika ia untuk kebaikan anda, gunakan pendapat mereka itu. Selain itu, anda sendiri boleh minta feedback dari mereka secara langsung dengan lakukan survey.

  1. Baiki kelemahan

Jangan ingat bila bisnes anda dah maju dan ada ramai pelanggan, bisnes anda sudah sempurna. Tapi sebaliknya, semakin maju bisnes anda, semakin banyak kelemahan yang wujud.

Jika ini berlaku pada bisnes anda, cuba cari di mana silapnya. Sekiranya anda tak jumpa, minta feedback dari staff anda. Mereka pasti tahu kerana, mereka banyak membantu anda dalam menaikkan bisnes anda, betul?

  1. Berterima kasih

Dengan setiap senyuman dan ucapan terima kasih, ia menunjukkan anda menghargai pelanggan anda dengan harapan mereka berpuas hati dan akan gunakan perkhidmatan anda di masa hadapan.

Cuba bayangkan, bila pelanggan PM atau Whatsapp dengan kata-kata pujian dan berpuas hati, apa yang akan anda rasa? Pasti bersyukur dan anda akan tingkatkan lagi kualiti bisnes anda, betul?



Leave a Reply