‘Spending today complaining about yesterday won’t make tomorrow any better’.

Sebab tu orang kata masa itu emas. Orang yang tak menghargai masa adalah orang-orang yang rugi. Agama sendiri menuntut kita menghargai masa. Kalau tak, tidak akan ada suruhan untuk kita manfaatkan 5 perkara sebelum 5 yang lain. Apa pasti sudah tahu apa 5 perkara tersebut, betul?

Hargailah masa-masa anda dengan perkara yang berfaedah. Kerana, masa yang anda bazirkan tidak akan balik kepada anda. Jadi, jika anda asyik komplen tentang masa yang telah anda bazirkan, ia tak akan memberi apa-apa makna pada anda.

Kami akan kongsikan dengan anda apa yang membuatkan masa itu emas.

5 kepentingan masa buat anda :

  1. Buktikan anda boleh

Anda ingin jadi seorang peniaga yang kaya dan berjaya? Gunakan masa ini untuk buktikan anda boleh berjaya. Sekiranya ada cara untuk berjaya dalam masa yang singkat, kenapa mesti anda gunakan jalan yang jauh untuk berjaya?

Jika ada peluang pembelajaran yang boleh menjadikan anda berjaya dalam masa yang singkat, rebut ia. Tapi jangan gunakan jalan singkat yang salah seperti skim-skim yang telah diharamkan oleh kerajaan. Cari ilmu yang ada mentor yang mana telah terbukti kejayaannya.

  1. Pengurusan masa

Masih ada lagi orang yang tak pandai nak uruskan masa mereka sendiri. Ini membuatkan hidup mereka tak teratur dan mengadu pula yang mereka tak cukup masa. Padahal, mereka sendiri yang bazirkan masa tersebut.

Uruskan masa anda dengan berada di landasan yang betul, fikir apa yang nak lakukan setiap hari, ada jadual harian tapi tak perlulah sampai anda buat jadual seperti budak sekolah, berlatih untuk kontrol diri anda dan minimumkan gangguan (distraction) dalam hidup anda.

  1. Jangan bertangguh

Ada juga peniaga yang suka bertangguh dalam membuat kerja. Kadang-kadang, mereka terlalu banyak berfikir sehingga melepaskan peluang keemasan yang mereka dapat. Jika anda rasa ia satu peluang terbaik untuk anda boost kan bisnes, terus rebut tanpa berfikir panjang.

Sekiranya anda dapat peluang ini dari orang-orang yang sudah terbukti kejayaan mereka, tidakkah merugikan jika anda lepaskannnya? Biasanya amalan yang suka bertangguh ini amalan syaitan. Tanamkan dalam hati anda untuk jadi orang yang menghargai masa.

  1. Menepati masa

Lebih ramai orang yang suka melewati masa dari menepati masa. Anda tahu kelebihan bila anda tepati masa. Bila anda seorang yang menghargai masa, anda akan ada ramai rakan dan disenangi ramai orang kerana bila anda berjanji, ia selalu ditepati.

Allah ada berfirman yang bermaksud, “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”. [al-‘Ashr 103:1-3].

  1. Tidak akan kembali

Mungkin anda sendiri tahu, setiap masa yang anda bazirkan tidak akan kembali. Begitu juga dengan setiap moment yang anda ada, tak kiralah moment manis atau pahit, anda hanya dapat kenangnya tanpa boleh berbuat apa-apa.

Oleh itu, jika anda ada peluang untuk tingkatkan perniagaan anda, gunakan peluang ini untuk belajar dan cari MenThor yang dipercayai dan diakui kehebatannya. InsyaAllah anda tak akan rugi.



Leave a Reply