- 19/03/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Kisah Inspirasi, Success Stories
“Pernah satu ketika… Sangat susah sampai nak makan pun terpaksa guna duit syiling… Bila pergi beli barang di pasar raya, hanya mampu ambil yang lelong sahaja. Tidak mampu makan di luar dan duit simpanan langsung tiada.”
Puan Nur Amalina Ahmad Baharudin, Founder KrupKrap International Sdn Bhd.
Dari dahulu lagi Founder Krupkrapmy ini sangat berdikari dan pandai menguruskan kehidupannya sendiri. Beliau bukanlah daripada keluarga yang senang, perlu hidup sendiri namun Puan Nur Amalina sangat berterima kasih pada ibu bapanya kerana tanpa mereka tidak akan jadi insan seperti sekarang.
5 tahun lalu beliau mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta. Pada ketika itu beliau masih menjalankan perniagaan, tetapi tidak ada ‘push factor’ yang membuatkan beliau perlu bersungguh-sungguh.
Sehinggalah pada suatu masa suaminya Tuan Ammar (kini seorang ahli TITANIUM) mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Kehidupan beliau dan suami terus berubah.
Pada 2017, beliau membuat keputusan untuk menyertai program Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) untuk mencari jalan keluar dari kesusahan yang dialami.
“Bila saya balik dari kelas IMKK, suami saya cakap dia tak redha saya belajar dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman..”
Perasaan Puan Amalina pada ketika itu sangat sedih. Niatnya untuk belajar ilmu perniagaan ditentang oleh suaminya sehinggakan beliau telah hilang semangat untuk terus berniaga. Kehidupan mereka suami isteri pada ketika itu hanya bergantung pada perniagaan suaminya.
“Pernah setiap hari pergi Tesco beli barang basah dan makanan lelong yang murah-murah sahaja sebab tak ada duit…masa itu saya mengandung”
Dari situ, beliau mula ambil keputusan untuk ubah cara kehidupan mereka sekeluarga. Suaminya secara perlahan-lahan wujudkan perniagaan Pian Gadget, ketika itu sangat susah kerana Tuan Ammar tidak ada ilmu berkenaan perniagaan.
“Jualan cuma RM300 sebulan…saya sangat risau.”
Suaminya buat keputusan untuk sertai program secara percuma yang dianjurkan RichWorks, Zero Kos Marketing (ZKM). Puan Nur Amalina sangat gembira dan bersyukur kerana suaminya telah bersedia untuk menuntut ilmu bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Mereka berdua kemudiannya bersetuju untuk menyertai program Nak Ubah Hidup (NUH) yang sekaligus menjadi turning point terbesar hidup mereka.
“Saya dan Tuan Ammar terus decide nak sertai SPIRE selepas program Nak Ubah Hidup (NUH). Kami berdua ada bisnes yang berbeza, suami fokus pada Pian Gadget dan saya fokus pada perniagaan sendiri.”
Puan Amalina pada waktu itu menjalankan perniagaan kuih raya. Cuma pada musim perayaan sahaja produknya mendapat permintaan ramai. Dari situ beliau tekad untuk mencari perniagaan yang membawa untung secara harian. Beliau dapat idea untuk buat peyek, masa itulah muncul jenama Krukkrapmy!
“Please, jika anda nak mula berniaga carilah ilmu yang betul dan circle yang betul. Ia sangat memberi impak kepada perniagaan saya sekarang ini.”
Puan Nur Amalina masih ingat lagi kehidupan dahulu yang sangat susah, nak makan pun kutip duit syiling. Cari duit syiling satu rumah, kumpul dalam tabung.
Pencapaian Krupkrapmy
Alhamdulillah, kini beliau mampu ubah hidup ramai ejen dan stokis melalui perniagaannya. Ada yang sudah mampu menjadi jutawan di bawahnya malah beliau juga telah memiliki kilang rempeyeknya sendiri!
Atas permintaan ramai, dalam masa sehari kilangnya perlu mengeluarkan 10,500 bungkus rempeyek. Beliau mencipta jualan RM1 juta pertama pada April 2020. Jualan keseluruhan tahun 2020 adalah sebanyak RM8.6 juta.
Jualan Krupkrapmy setakat Februari 2021 adalah RM2.8 juta!
Anda juga boleh menjadi seperti Puan Nur Amalina jika sanggup beri peluang kepada diri sendiri. Jangan terlepas peluang yang diberikan dengan menyertai program Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 -28 Mac 2021.