- 01/03/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Pembangunan Peribadi
Ya benarlah kata pepatah, masa itu emas. Kita buang masa bila…
1/ Kita membuang masa bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita; kita membuang masa dengan salah sangka, assumption sendiri, negatif dalam otak sendiri sedangkan perkara yang sebenar mungkin tidak sepertimana yang kita sangkakan
2/ Kita buang masa dalam bisnes kita bila kita dan sesama kita sendiri tidak jelas tentang apakah business model kita yang sebenar dan bagaimana kita bina sumber pendapatan syarikat kita
3/ Kita buang masa bila kita tidak maksimakan setiap peluang yang ada untuk pasarkan produk atau perkhidmatan kita
4/ Kita membuang masa bila kita tidak letakkan “kepala” atau “anchor” yang bagus untuk drive sumber bisnes kita.
5/ Kita buang masa berniaga bila kita tidak kenalpasti siapa pelanggan kita yang kita benar-benar ingin beri manfaat kepada mereka
6/ Kita membuang masa bila kita bukan sahaja kita tidak kenalpasti sejelas-jelasnya siapa pelanggan yang terbaik yang kita mahukan malah kita tidak jelas siapakah “paus” yang paling bernilai dan berharga yang kita mahukan dan mahu terus terusan add value kepada mereka. “Whale” hunting sepatutnya misi utama syarikat kita.
7/ Kita buang masa berniaga bila kita tidak tahu apa yang pelanggan nak atau tidak mahu.
8/ Kita membuang masa berniaga bila kita tidak bekerjasama dan selari dengan semua komponen bisnes yang ada di sekeliling kita.
9/ Kita buang masa berniaga bila kita hanya fikir nak buat duit “kecil-kecil” sedangkan sebenarnya kita boleh buat duit “besar-besar” dan berpanjangan.
10/ Kita membuang masa berniaga bila kita sendiri tidak jelas Siapa kita, Apa bisnes sebenar kita, siapa pelanggan terbaik kita, siapa pelanggan yang kita tidak mahu mereka menjadi pelanggan kita, apa misi kita dan apa matlamat kita 1,3,5 dan 10 tahun akan datang sekurang-kurangnya.
Kita membuang masa buat semua ini bila kita tidak ada ilmu membina bisnes yang berjaya dan tidak ada bimbingan daripada MenThor yang ada proven results.