- 12/02/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Pembangunan Peribadi
“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”
Begitulah pepatah yang jelas menunjukkan bahawa kemahuan seseorang menjadi kunci untuk mencapai apa yang dikehendakinya.
Bila kemahuan seseorang itu tinggi, ia akan membuatkan dia akan mencari cara dan jalan untuk mencapainya. Tiada lagi alasan-alasan biasa diberikan yang hanya sabotaj diri mereka untuk berjaya.
Contoh mudah soal kemahuan ini boleh dilihat pada sebahagian daripada anak-anak. Seperti situasi di mana anak anda yang gemar makan aiskrim melalui kedai aiskrim tapi anda tak memenuhi permintaan mereka.
Kebiasaannya mereka pasti akan merenggek, menangis hinggakan kalau lagi ekstrem sampai bergolek-golek. Apa yang berlaku di sini? Ia seperti menunjukkan kemahuan anak ini yang tinggi untuk mendapatkan aiskrim berkenaan walaupun kena menangis, bergolek dan sebagainya.
Namun berbeza pula bagi sesetengah daripada usahawan ini, mereka tidak ada kemahuan tinggi untuk mencapai apa nak dicapai dengan big why masing-masing. Mereka tak berikan 100 peratus sebaliknya buat seadanya maka hasil pun seberapa saja.
Kepentingan kemahuan
Menurut MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa kemahuan merupakan kunci terbesar yang membezakan setiap orang. Mereka bersedia untuk belajar dan komited dalam bimbingan.
“High desire (kemahuan tinggi) akan mengatasi semua halangan dan roadblock yang ada.
“Kemahuan dan keinginan yang tinggi, buatkan mereka akan cari jalan. Kenapa ada yang gagal? Keinginan hanyalah suam-suam kuku dan tiada high desire seperti orang lain.”
Datuk Wira Dr Azizan Osman
Kemahuan inilah yang dapat buatkan masalah-masalah, cabaran, dugaan dan rintangan dapat diatasi sebabnya orang ini tidak mudah mengalah. memang benar kemahuan menentukan tindakan yang seterusnya.
Namun ada dikalangan usahawan, pilih untuk tak stuck dan tak mahu berubah serta move on. Mereka lebih gemar menyalahkan takdir tanpa melakukan sebarang ikhtiar terlebih dahulu. Tidak mahu cuba selesaikan dan adaptasi mengikut keadaan semasa.
Oleh itu, berhenti sebentar dan lihat balik diri kita ini. Adakah big why yang ada dalam diri anda ini betul-betul dimahukan anda? Atau ia hanya sekadar tulisan atau matlamat yang tak ada makna?
Kemahuan Menentukan Tindakan Yang Seterusnya.
Bermula dengan kemahuan tinggi dengan kebengangan yang dilihat secara positif dapat buatkan anda dorong diri untuk melakukan sesuatu untuk berdepan cabaran dan keadaan semasa ketika ini.
setiap permulaan mesti ada tindakan, bagi saya langkah pertama x mugkin capai langkah seribu. Tetapi bagi saya langkah atau tindakan sangat sukar dan tidak tahu hendak memulakan. Mugkin kebanyakan macam tu seperti saya (mugkin) seperti kejayaan orang lain hanya kita mampu membanggakan dan suport untuk dia yang lebih maju. Itu dah rasa tindakan y membahagiakan apabila kita tgok orang dari hidup yang susah sehingga memperoleh seolah kemenagan di dunia. saya berharap ada sinar dalam hidup seterusnya…..