- 07/04/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Kisah Inspirasi
Lebih 300 ahli Titanium yang merupakan program mentoring RichWorks dipersiapkan dalam Inner Circle Meeting (ICM) untuk bersedia bagi pertumbuhan yang pesat bagi suku tahun kedua malah sepanjang 2021 ini.
Malah apa yang membanggakan daripada lebih 300 ahli Titan, seramai 148 orang usahawan jutawan ini daripada program mentoring Spire. Kebanyakan mereka berjaya mencapai RM1 juta pertama dalam tempoh hanya beberapa bulan hingga 1 tahun.
Dalam mengikuti bimbingan Spire, bagi mereka bersedia dan berkembang dengan menumpukan 4 teras iaitu sales & marketing, leadership, compliance dan operation.
Usahawan jutawan dari pelbagai industri ini telah berkumpul buat pertama kalinya secara fizikal pada 2021 selepas sekatan pergerakan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0) yang dikuatkuasakan bermula 13 Januari lalu.
ICM ini diadakan 4 kali dalam setahun bagi ahli Titanium untuk mendapatkan bimbingan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman secara langsung.
Dalam ICM kali ini menumpukan mengenai pembangunan dalaman diri usahawan itu sendiri dan perkembangan bisnes. Soal tentang impian, matlamat, keyakinan dan sebagainya yang dapat menjadikan usahawan itu terus bergerak ke depan dengan lebih pantas lagi.
Usahawan jutawan ini dibawa untuk meneroka kekuatan dalaman, soal pemikiran & sikap serta transformasi bagi pertumbuhan pesat sebagai seorang usahawan berjaya. Bukan itu saja, usahawan jutawan ini dengan jualan tahunan daripada RM1 juta, ke belas, puluhan hingga ratusan juta dapat membina networking di antara satu sama lain.
Mereka juga dapat belajar antara satu sama lain, bertanya terus kepada rakan usahawan mengenai perkara betul dilakukan dan lain-lain lagi. Contohnya, cara mereka buat bisnes bukan saja dapat bertahan malah berkembang meskipun ketika pandemik ini.
Pada sesi kali ini, Kuala Lumpur Convention Centre menjadi lokasi mesyuarat setelah mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula 3 April hingga 6 April 2021. Malah sempena ICM ini, RichWorks turut melancarkan program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan diadakan pada 23- 25 April ini.
Dalam pada itu, Team RichWorks juga melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi memastikan kesihatan bukan saja ahli Titanium malah mereka yang bertugas dalam keadaan baik.
Semua yang terlibat perlu menjalani ujian saringan C0VID-19 dan memakai pelitup atau pelindung muka di samping memastikan ada penjarakan fizikal antara satu sama lain. Pematuhan SOP dan melakukan amalan norma baharu bagi putuskan rantaian penyebaran virus ini.
Moga ICM ini, ahli Titan akan dapat menyaksikan pertumbuhan luar biasa dengan ilmu, strategi, tips dan panduan diperolehi kali ini, insyaAllah. Berikut kami kongsikan apa dikongsikan Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam ICM baru-baru ini.