Gaya Hidup Biasa-Biasa Pengasas IKEA Ini Ada Sebabnya!

Sebut sahaja nama IKEA sudah pasti ramai mengenali jenama ini. Terdapat tiga francais IKEA di Malaysia dan jenama ini amat dekat dengan pelanggan yang ingin memiliki perabot  mampu milik dan moden. Bersesuaian dengan idea bisnes IKEA iaitu untuk menawarkan perabot dan barangan rumah pelbagai pilihan dengan rekaan unggul yang boleh didapati dengan harga murah supaya semua orang mampu untuk memiliki produk IKEA.

Sehubungan dengan nilai utama IKEA, pengasasnya Ingvar Kamrad menjalani gaya hidup seperti orang biasa meskipun pernah dinobat orang kelapan terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan sebanyak USD58.7 billion pada Jun 2015. Bertepatan dengan salah satu daripada nilai utama IKEA iaitu kepimpinan melalui teladan. Justeru itu, IKEA melihat sifat kepimpinan dari segi perlakuan atau tindakan dan bukan sekadar penanda aras jawatan seseorang.

Nilai ini diterapkan sendiri oleh pengasas IKEA yang terkenal dengan sikap membeli barangan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Beliau akui sendiri sebelum berbelanja sesuatu, beliau akan bertanya kepada diri sendiri adakah pelanggan IKEA mampu untuk memilikinya. Tindakannya itu bertujuan untuk menunjukkan contoh kepada kakitangan IKEA.

Billionaire Ingvar Kamprad ini juga sangat humble orangnya. Beliau tidak pernah menunjukkan beliau seorang billionaire. Sebabnya beliau nak ‘dekat’ dengan pelanggan dan pekerjanya. Beliau tidak mahu ada border atau ‘tiang’ yang menghalang beliau untuk berkomunikasi dengan team-nya. Mungkin anda sebagai seorang leader boleh contohi sikap pengasas IKEA ini. Lagi mudah untuk anda berkomunikasi dengan team anda. Mereka pun tak perlu takut-takut untuk memberikan idea untuk syarikat anda. Betul betul?

Jika anda nak tahu, pada tahun 2014, Ingvar pernah membuat kenyataan di stesen televisyen Sweden bahawa beliau masih lagi memakai pakaian yang dibeli di flea market atau pasar lambak. Selain itu, beliau juga memandu kereta model lama selama 20 tahun dan mendapatkan khidmat gunting rambut di negara membangun seperti di Vietnam kerana harga yang jauh lebih murah. Ingrav juga tidak menggunakan penerbangan kelas pertama dan tinggal di hotel budget ketika menjelajah ke luar negara. Awesomenya!

Menyebut semula kata-katanya, beliau berkata “Bagaimana saya nak menggesa orang yang bekerja dengan saya untuk menjelajah negara dengan murah jika saya mengembara dengan mewah?” Segala tindakannya itu bertujuan hanya untuk menyelami hati pelanggan dan menjadi contoh kepada kakitangan IKEA.

Maka, tidak hairanlah rating syarikat IKEA mendapat 4.6 daripada 5 bintang di Jobstreet, laman web pertama pencarian pekerjaan di Malaysia. Pekerja IKEA memberikan komen positif dan rata-rata mereka gembira dengan tawaran faedah syarikat yang diberikan.

Berapa ramai usahawan di kalangan anda yang setelah bina bisnes berjaya dan maju tapi hanya menambah nilai hidup diri sendiri tanpa memberi faedah kepada kakitangan yang lain? Sedarkah anda perkara itu akan membuatkan pekerja anda tidak kekal dengan anda dan masa yang anda peruntukkan untuk melatih kakitangan baru akan berlarutan jika tiada tindakan segera diambil. Asyik-asyik pusing benda yang sama je! Penat kan?

Ingvar Kamprad (gambar kecil) memandu kereta model 1993 Volvo 240 selama 20 tahun

Kisah IKEA pula bermula di tempat Ingrav dibesarkan di selatan Sweden, Smaland. IKEA dinamakan sempena pangkal nama beliau I dan K. Abjad E pula diambil bersempena nama kebunnya Elmtaryd dan abjad A adalah daripada nama kampung tempat kelahirannya iaitu Agunnaryd. Mengimbau kembali sewaktu Ingrav membesar, jiwa usahawan ibarat lahir secara semulajadi dalam dalam diri billionaire ini.

Beliau juga sudah mula berniaga seawal usia lima tahun! Pada tahun 1920, beliau mula menjual kotak mancis dan dua tahun kemudian mula meluaskan kawasan bisnesnya menggunakan basikal. Ketika itu, dia membeli mancis secara pukal di Stockholm dan menjual semula kepada pelanggan dengan harga yang rendah tapi masih menjana keuntungan.

Kemudian, pada tahun 1940  beliau mula berbisnes sebagai peruncit perabot dari kilang tempatan. Namun pada tahun 1947, pengeluar mula memboikot IKEA kerana harga jualannya yang terlalu murah. Keadaan ini memaksa Ingrav untuk membina kilangnya sendiri. Evolusi ciptaan perabot pasang sendiri cetusan idea Ingvar dan perabot yang mudah dibawa pulang pelanggan terus dari gudang membuatkan ramai orang tertarik. Produk IKEA bukan sahaja laris malah matlamat Ingrav untuk berkhidmat kepada masyarakat agar semua orang dapat ‘merasai’ dan memiliki produknya itu menjadi faktor keutamaan beliau berbisnes.

Tambahan pula dengan rekaan menarik, minimalis dan moden kini bisnes IKEA berkembang dengan sangat maju. IKEA mempunyai 300 gudang di 38 buah negara. Ketika Ingrav meninggal dunia pada Januari 2018, Menteri Luar Negeri Sweden, Margot Wallström memberi penghargaan tinggi kepada beliau. Katanya, Ingvar telah meletakkan nama Sweden pada nilai tertinggi di peta dunia. Ingvar juga adalah usahawan yang berjaya memperkenalkan negara Sweden di persada dunia. Sifat cintakan negara juga menjurus beliau menggunakan asas warna bendera Sweden, biru dan kuning sebagai simbol warna IKEA.

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, sebagai seorang usahawan dan founder produk anda perlu memberikan manfaat kepada pelanggan anda. Bukan sekadar mahu mengaut keuntungan semata-mata. Ramai orang di luar sana yang perlukan pertolongan dari kita. Setiap perniagaan itu terjadi semestinya daripada masalah yang mereka hadapi.



Leave a Reply