- 15/06/2021
- Posted by: Team Richworks teamrichworks
- Categories: Asas Bisnes, Business Review
Apa pandangan anda bila anda lihat orang-orang tak beretika disekeliling anda? Mesti rasa macam nak bagi nasihat je kan? Sebelum anda bagi nasihat pada orang lain, anda sendiri dah beretika ke belum? Anda tahu, bila anda sedang berkerja tak kira lah berniaga ke, kerja makan gaji ke atau kerja sendirian berhad ke, anda mesti beretika.
Etika ini penting sebab anda sedang berurusan dengan seseorang terutama dalam bidang perniagaan. Tidak kiralah mereka adalah supplier, client atau pekerja anda sendiri. Ada etika yang perlu anda turuti.
5 etika bagi usahawan ikuti :
1. Etika jumpa client
Ketika berurusan dengan client, anda harus membuat mereka selesa ketika bersama anda. Ketika mula-mula berjumpa, mestilah akan ada perasaan janggal. Anda harus atasi dengan memulakan perbualan yang ringan seperti tanya khabar mereka, bila mereka sampai dan selainnya.
Selepas itu, barulah anda mulakan tujuan anda. Untuk elakkan berasa tidak selesa, anda boleh adakan pertemuan yang tidak formal seperti di restoran.
2. Etika jumpa supplier
Supplier adalah orang penting yang membekalkan bekalan asas produk anda. Jika anda bijak berurusan dengan mereka, banyak manfaat yang anda akan dapat seperti harga bekalan yang murah dan mendapat penajaan.
Ketika anda ada appointment dengan supplier, buat persediaan dengan sampai awal. Berikan senyuman anda yang paling manis dan buang rasa malu dan janggal. Anggap mereka kawan anda yang sudah lama tak berjumpa.
3. Etika berpakaian
Ramai peniaga yang memandang remeh hal pakaian. Mereka pakai ikut suka hati je, asal selesa. Anda juga harus fikir keselesaan orang yang berurusan dengan anda. Tengok gaya pemakaian mereka ketika berjumpa dengan anda.
Adakah ia menggambarkan kerjaya mereka seorang usahawan yang berjaya? Elakkan dari memakai sandal dan baju t-shirt ketika berurusan dalam hal bisnes. Anda tahu, apa yang anda cakap, buat, rasa, fikir adalah menggambarkan diri anda sendiri?
4. Etika jawab panggilan
Panggilan telefon memainkan peranan yang penting dalam operasi harian. Kerja anda lagi cepat, mudah dan jelas dengan hanya satu panggilan telefon. Anda boleh sampaikan tujuan dan hajat secara jelas dan mudah difahami.
Bila seseorang call anda, SILA jawab dengan pantas, JANGAN biarkan ia berdering terlalu lama. Jika anda tak dapat jawab panggilan tersebut, ambil nota atau pass pada pihak yang berkenaan, faham faham?
5. Etika balas emel, PM atau WhatsApp
Ini merupakan satu lagi masalah bila anda berniaga dan dah terima banyak order sampai tak menang tangan. Kadang-kadang sampai tak sempat nak balas Whassap, PM dan emel pelanggan, betu?
Siapa yang pernah terjadi pada dia, say I! Macam mana sibuk pun anda, permintaan pelanggan harus diutamakan. Apa akan jadi jika pelanggan boikot anda hanya kerana anda lambat response? Jika anda tak dapat nak balas, gajikan pekerja yang boleh membantu anda, boleh?
Semoga dengan perkongsian etika-etika ini, ia boleh memantapkan lagi bisnes anda. Lagi bagus jika anda praktikkan dalam perniagaan anda bagi membaiki mana-mana yang patut.
Sekiranya anda rasa perkongsian ini terlalu sedikit, apa kata sertai akaun Telegram – Azizan Osman Official. Pelbagai maklumat, tips, panduan dan perkongsian mengenai keusahawanan yang pastinya dapat membantu dalam tempoh mencabar ini.