Dan In sha Allah, ini masanya untuk saya betulkan segalanya, peluang kedua ni bukan sekadar suka-suka. Saya percaya ada sebab Allah bagi peluang ini untuk saya buat segalanya dengan lebih baik, to be a better MenThor In sha Allah.
Melihat bagaimana pandemik ini begitu kritikal hingga ada yang tekad bunuh diri, seorang ibu yang mencuri ubat untuk anak-anak, ada yang mencari rezeki di tempat sampah, kerajaan yang sedang berkira-kira untuk total lockdown yang akan beri impak pada pekerjaan ramai orang dan bisnes serta tekanan perasaan dan banyak lagi dalam berita semasa.
Ini semua cukup memberi kesan pada saya betapa saya belum berjaya bantu bangsa saya untuk berjaya. Saya sedar misi saya belum selesai seperti kata Mak, ramai lagi anak bangsa yang ketinggalan, perlukan bimbingan terutama dalam dunia bisnes ini. Saya dan RichWorks akan terus buat apa yang kami buat hingga hari ini.
Apatah lagi dengan keadaan pandemik, ratusan ribu hilang pekerjaan, bisnes tengah struggle dan mereka tak nampak lagi hala tuju yang perlukan ilmu dan bimbingan saya dan RichWorks. Dan ini apa yang saya nak kongsikan dengan anda secara Live meskipun baru pulih bermula Sabtu 30 Januari hingga 1 Februari 2021.
Saya akan kongsikan, saya akan bongkarkan ELMU bagaimana saya bina bisnes anak didik saya untuk survive sepanjang PKP tahun lepas, dan sesi ini saya berikan 100% Percuma untuk support, untuk bantu rakyat Malaysia sama-sama bangkit untuk lawan pandemik ini dan terus survive dengan berniaga.
Percayalah ini bukan cerita dongeng, this is about Real People, Real Results, Real Business, Real Story!