- 30/03/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Perkembangan Bisnes
Bisnes mengikut trend yang bermusim itu ‘bahaya’ jika anda hanya sekadar mengikut orang lain namun tidak mempunyai kekuatan untuk bertahan bila trend itu akan mati.
Contoh mudah, tiba-tiba saja dekat kawasan anda, ada pula orang bukan satu tapi mungkin 3 ke 4 orang menjual benda sama. Inilah salah satu maksud trend yang berlaku dalam kalangan bisnes. Dikatakan trend ini akan mati bila sampai masanya.
Namun dengan trend juga, ada saja bisnes yang dapat bertahan sebab mereka bukan sekadar mengikut semata-mata. Mereka mendengar apa keperluan pelanggan-pelanggan sendiri disamping melakukan penambahbaikan buatkan mereka berbeza dengan pesaing lain dan seterusnya menjadi market leader.
Dalam pada itu, terdapat trend yang baik di mana dapat bantu bisnes anda. Hal ini kerana industri dan pasaran akan berubah mengikut peredaran masa. Sebab itu, bisnes perlu berubah dari semasa kes semasa.
Lihat trend dalam bisnes sendiri
Bangsa usahawan perlu mengikut trend yang berkaitan dengan bisnes masing-masing. Untuk menjadi market leaders, usahawan itu perlu faham dengan pelanggan mereka dari segi keperluan bagi mewujudkan satu trend yang ‘panas’.
Trend yang dimaksudkan di sini adalah perubahan tabiat dan sikap orang ramai terhadap sesuatu perkara. Contohnya, seperti penggunaan digitalisasi ketika pandemik masa ini. Peningkatan jelas ditunjukkan bagi orang ramai menggunakan platform online untuk membeli barang termasuk menggunakan perkhidmatan tempahan makanan online.
Berikut kami kongsikan dengan anda mengenai trend yang berkaitan dengan bisnes.
5 sebab anda perlu ikut trend sekitar bisnes anda :
1. Bantu usahawan buat forecast lebih baik
Bila usahawan faham dengan trend, maka jangkaan yang dibuat lebih baik dan mudah untuk dilakukan. Usaha lebih mudah untuk dilakukan mengikut jangkaan jika anda mengikuti trend yang berkaitan dengan persekitaran bisnes sendiri.
2. Ikuti trend bantu menjadikan anda leader
Mengikuti trend dan melaksanakan dalam bisnes akan membuatkan anda menjadi leader bukannya follower. Kemungkinan di masa depan, anda dan bisnes akan menjadi sebagai pembuat trend sendiri.
Ini penting terutama bagi bisnes kecil jika anda mahu terus berada di hadapan pesaing-pesaing kerana leader yang akan mewujudkan ‘market condition’.
3. Trend yang ada dapat bantu anda dengan idea bisnes
Mengetahui trend akan bantu anda untuk mempunyai idea bisnes yang lebih baik. Terdapat banyak idea bisnes yang ‘tersembunyi’ boleh diguna pakai pada bisnes di dalam trend berkenaan.
Jika anda mengikuti trend yang ada dalam bisnes sendiri, anda akan menjadi seorang usahawan yang sentiasa dengan idea bisnes berbeza untuk tambah baik lagi perniagaan.
4. Fahami bisnes anda dengan trend
Trend dapat memberitahu mengenai masa depan mengikut keadaan trend semasa. Jika melihat kepada data lalu bisnes sendiri, anda dengan mudah dapat melihat trend yang ada.
Maka dengan melihatnya dan digabungkan dengan bersama faktor-faktor persekitaran, anda dapat mengetahui apa yang sedang berlaku. Bahkan anda dapat membuat jangkaan apa yang dijangka berlaku pada esok hari.
5. Trend dapat menyatakan apa perlu dilakukan
Semua perkara yang tidak bersesuaian dengan trend semasa dan masa depan syarikat perlu ditambah baik. Justeru itu, dengan mengikut trend dalam bisnes anda dan menggunakannya untuk buat pembaharuan dalam bisnes sendiri.