Bisnes Tanpa Modal Untuk Mula

Bisnes Tanpa Modal

Ada saja bisnes tanpa modal dan dengan modal kecil. Bagi mereka yang nak mulakan perniagaan janganlah terus buat secara besar-besaran jika masih tidak ada pengalaman apatah lagi ilmu, sistem dan MenThor yang dapat bimbing untuk lebih cepat capai matlamat dan berjaya.

Kesilapan ramai orang di luar sana apabila semuanya nak cepat, nak buat terus yang besar, nak untung cepat, nak berkembang cepat malah kalau boleh tak nak yang ada  risiko pun. Sebab itu, ada mereka yang terpengaruh hingga ‘meleburkan’ duit mereka dalam pelaburan atau bisnes yang tidak sah dalam pelbagai skim penipuan pelaburan & perniagaan.

Lagi teruk, duit yang ‘dileburkan’ merupakan duit simpanan hari tua mereka. Apa akan jadi selepas itu, ada yang terpaksa bekerja semula bagi yang sudah pada umur persaraan dan bagi anak muda duit yang disimpan untuk berkahwin atau membeli rumah dan sebagainya habis begitu saja.

Sehubungan itu, untuk mulakan bisnes sebaiknya mulakan ikutlah kemampuan anda. Lebih baik buat persediaan seperti pergi belajar kerana ilmu ini sangat-sangat penting. Tidak kira di mana pun tahap bisnes anda berada.

Tahap ilmu anda akan menentukan tahap pendapatan anda.

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Tidak ada rugi pun anda untuk menuntut ilmu yang bermanfaat. Belajar daripada guru yang telah terbukti ada results. 

Selain itu MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ada berkata, mulakan apa di tangan anda. Buat apa yang anda tahu dan mahir lebih mudah berbanding benda baru. Betul tak? Nak tahu lebih lanjut anda boleh baca di sini.

Jadi. di sini kami kongsikan 3 peluang bisnes tanpa modal atau dengan modal yang kecil untuk anda lihat :

  1. Dropship
  • Pastinya kebanyakan kita tahu dan selalu terlihat peluang menyertai dropship sesebuah bisnes di luar sana. Sistem dropship ini memberikan orang ramai memulakan bisnes dengan menjual produk orang lain.
  • Ada bisnes yang menawarkan dropship mereka dengan caj penyertaan yang sangat rendah malah ada juga tanpa sebarang caj pun – percuma.
  • Hal ini memberikan situasi menang-menang kepada dropshipper atau pemesan hantar di mana mereka umpama ada bisnes sendiri dan boleh mendapatkan komisen daripada jualan produk dibuat dengan kadar komisen yang ditetapkan manakala pemilik atau stokis bisnes dapat memasarkan dan menjual produk dengan lebih pantas.
  • Sebagai dropshipper. Anda perlulah rajin membuat marketing produk itu untuk menjualnya. Sistem sokongan daripada bisnes yang baik diperlukan bagi memudahkan dropshipper dapat menawarkan produk itu di tempat atau circle mereka.
  • Selain itu, ada bisnes yang menetapkan indeks kayu pengukur (KPI) atau syarat minimum jualan bagi dapat memastikan dan mendorong dropshipper melakukan jualan setiap bulan dan sebagainya.
  1. Program Affiliate
  • Program affiliate ini boleh dikatakan hampir sama dengan dropship. Cuma bezanya anda hanya menjadi orang tengah dan tak perlu close jualan kepada pelanggan. Bisnes apa tak perlu close sales ni? Hal ini kerana closing dan presentation lengkap akan dibuat pemilik melalui laman web khas yang disediakan.
  • Hanya perlu membawa bakal pelanggan ke laman web khas disediakan itu melalui link affiliate anda. Sekiranya bakal pelanggan itu membuat pembelian, maka komisen anda akan dikira dan kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank.
  • Mudahkan program affiliate ini? Tapi ada juga cabarannya – bagaimana anda nak meyakinkan orang lain untuk pergi ke laman web itu dengan klik pada link yang anda sediakan. Anda kena tahu macam mana nak memberikan pengenalan yang sangat berimpak untuk buatkan orang nak klik pada link affiliate itu.
  • Produk-produk yang biasa digunakan untuk program affiliate ini seperti eBook, tempahaan penginapan, pembelajaran video, tiket seminar dan sebagainya. Terdapat juga bagi produk fizikal yang menggunakan program affiliate seperti platform terkenal, Amazon.
  1. Tulis eBook
  • Bagi mereka yang ada kepakaran dan ilmu tertentu, bolehlah cuba untuk menulis eBook. Ia sangat mudah untuk dimulakan sebab ia kepakaran anda sendiri dengan hanya memerlukan sebuah laptop.
  • Cuma anda perlu tahu macam mana nak menterjemahkannya dalam penulisan dan bagaimana ‘design’ dalam eBook itu bagi menarik pembaca.
  • Apa saja perkara yang bermanfaat kepada orang ramai boleh anda bukukan dalam eBook dan boleh dijual.
  • Selain itu, eBook ini juga boleh menjadi ‘kad nama’ anda yang menunjukkan bahawa anda seorang yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam perkara yang ditulis itu. Apatah lagi jika penulisan anda itu telah memberikan manfaat kepada orang ramai dan mendapatkan feedback yang baik. Maka keyakinan orang terhadap anda dalam perkara itu lebih tinggi dan akan memudahkan produk atau perkhidmatan ditawarkan di masa akan datang.

Macam mana, ok tak? Sebenarnya banyak lagi bisnes yang boleh anda mulakan seperti menjadi ejen-ejen produk atau perkhidmatan i.e. takaful, insurans, unit amanah, penapis air & udara dan banyak lagi. 

Semua ini boleh dijalankan dengan modal yang kecil bagi mendapatkan lesen tertentu dan sebagainya malah ada yang tanpa modal saja. Malah ia boleh dijalankan bukan hanya sepenuh masa tapi secara part-time pun boleh.

Pulangan ditawarkan adalah lumayan bergantung kepada usaha dan tindakan anda dalam sales & marketing dengan sokongan pihak syarikat dari segi ilmu dan bahan produk/perkhidmatan. Anda tak perlu memikirkan pembangunan produk, bekalan dan promosi sebab pihak syarikat yang akan buat semuanya.

Di sini anda boleh belajar dan mendapatkan pengalaman dalam menjalankan bisnes yang boleh digunakan dalam bisnes anda sendiri di masa akan datang jika anda mahu.

Bahkan jika bisnes-bisnes ini dijalankan dengan adanya tambahan ilmu, sistem dan MenThor yang terbukti berjaya, kami percaya anda boleh pergi jauh hingga ke tahap lebih tinggi. Buktinya sudah ada dengan results yang diperolehi lebih 12 tahun pengalaman RichWorks melatih dan membimbing orang ramai dalam keusahawanan dari kosong hingga menjadi jutawan.



2 Comments

Leave a Reply