Apa Benda Betul, Orang Yang Produktif Lakukan

Pandangan kurang tepat ramai orang di luar sana maksud produktif bahawa melakukan sesuatu dengan lebih banyak. Sebaliknya, produktif ialah bagaimana anda melakukan sesuatu dengan lebih efisien atau cekap lagi.

Mengikut Founder Inventium (Konsultansi Tingkah Laku Sains), Dr Amantha Imber, dalam dapatan yang dibuat hasil temu bual bersama penulis terkemuka, ahli muzik, selebriti, usahawan dan pemimpin bisnes mendapati 4 perkara ini yang paling menonjol membuatkan kebanyakan mereka sangat produktif berbanding orang lain.

4 Tips Untuk Lebih Produktif:

1. Atur Masa Secara Batch (Kelompok)

Batch atau kelompok untuk membaca email anda merupakan tips produktif yang biasa diberikan kepada orang ramai. Idea di sini adalah agar anda hanya melihat email inbox hanya 2 ke 3 kali sehari atau anda boleh menghentikan notifikasi untuk suatu tempoh masa supaya dapat fokus kepada kerja tanpa gangguan.

Batch ini juga boleh digunakan dalam mesyuarat, panggilan telefon dan event virtual dilihat juga berkensa. Mengikut kajian dibuat Ohio State University bahawa bila kita mempunyai mesyuarat dalam tempoh sejam ke 2 jam lagi, kita akan tidak menyiapkan kerja sebanyak 22% berbanding bila tidak ada mesyuarat langsung.

Sebagai contoh mudah, ketika anda menunggu untuk mesyuarat dalam Zoom bersama dengan bos, sudah tentu anda akan buat persediaan dan berfikir apa perlu dicakap dan mungkin buat latihan presentation dulu. Bukankah masa sudah berkurangan di situ untuk melakukan kerja.

Sehubungan itu, sebolehnya fikirkan peraturan anda sendiri untuk menyusun jadual. Jika pada waktu petang, anda lebih fokus maka buat jadual dengan kerja paling penting dan waktu pagi anda boleh fokus kerja tanpa gangguan lain.

2. Elakkan menggunakan tetikus

Kajian dibuat Brainscape menemukan bahawa kebanyakan orang hilang secara purata 2 saat per minit bila menggunakan tetikus berbanding shorcut papan kekunci. Ia bersamaan 8 hari setahun kehilangan masa ekoran tetikus.

Penggunaan shortcut pada papan kekunci anda akan memudahkan kerja-kerja dilakukan pada laptop atau komputer masing-masing.

3. Tingkah laku Yang Nak Diubah Dibantu Persekitaran Disesuaikan

Mengikut Co-founder WordPress dan Automattic, Matt Wullenweg bahawa dari perubahan tingkah laku kecil pun akan memberikan manfaat kepada anda.

Jelasnya, jika apa benda yang terdekat dengan katilnya ketika bangun adalah Kindle (eBook) dan bukannya telefon, beliau berkemungkinan tinggi untuk membaca.

Daripada perkongsian beliau, kita perlulah ketahui apa tabiat yang nak diubah dan kemudian fikirkan bagaimana dapat ubah persekitaran yang dapat mempengaruhi tabiat anda nanti.

4. Baca Sehingga Anda Boleh Dengar Apa Yang Ditulis

Baca kembali kerja-kerja yang dilakukan. Kita semua adalah penulis yang perlu membuat report, pembentangan, membuat artikel dan sebagainya.

Bila anda membacanya sehingga boleh didengari ini akan membantu anda menyemak sama ada mesej dapat disampaikan dengan jelas disamping kesan sebarang kesilapan lain.

Mulakan sekarang

Justeru itu, mulakan dari sekarang untuk luang sedikit masa bagi menguna pakai strategi mudah di atas disamping buat perubahan kecil agar anda dapat jadi lebih produktif.



3 Comments

Leave a Reply