- 04/02/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Pembangunan Peribadi
Ingatlah bahawa Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita sendiri. Dalam kehidupan ini, tidak selalunya indah adakala kita akan berdepan ujian-ujian, cabaran dan dugaan di luar jangkaan yang akan menguji diri anda.
Tidak kira siapa pun kita, pekerja, majikan, usahawan baru, lama, jutawan, ahli politik dan lain-lain pasti akan berdepan ujian-ujian tertentu.
Hal inilah ada masanya buatkan kita lemah dan tersungkur namun bila mempunyai kepercayaan yang kukuh bahawa setiap kejadian dan perkara itu ditentukan Allah SWT kita akan mampu bangkit untuk menanganinya.
Seperti dalam rukun iman, salah satunya yang perlu diyakini malah kewajipan setiap umat Islam adalah beriman kepada qada dan qadar. Bagi kita di Malaysia yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sudah menetapkan pendirian bahawa manusia mempunyai ikhtiar dan ikhtiar hanya akan terhasil jika selari dengan qadar Allah.
Bukannya bermakna jika kita menerima sesuatu kesusahan atau ujian, maka hanya berserahkan kepada ‘takdir’ bahawa ini sudah ditentukan-Nya.
Sedangkan ia hanya satu bentuk alasan yang diberikan kita sendiri. Jika terasa sangat berat, ingatlah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan orang itu.
Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah Al Baqarah , ayat 286).
Ayat tersebut bertujuan mengingatkan kita bahawa Allah tahu kita ada kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Kekuatan yang mungkin kita tak perasan ada dalam diri ini, menunggu sahaja untuk untuk keluarkan kekuatan itu.
Jelas bahawa Allah tidak akan membebankan, menguji, atau memberati seseorang itu apa yang orang itu terdaya dan termampu.
Maknanya bahawa segala masalah, ujian, bencana, kesakitan, kesedihan dan semua yang kita rasakan negatif menimpa diri sendiri, sebenarnya kita mampu dan boleh menghadapinya. Bangkit kembali.
Cuma bezanya lambat atau cepat saja, jangan cepat berputus asa dan percayalah setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Banyakkan bersabar dalam berdepan ujian atau musibah, dengan sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmah di sebalik musibah itu.
Tiada sesiapa yang mahu diri ditimpa musibah, kesusahan dan lain-lain. Kita juga sedaya upaya berusaha mengelakkan diri daripada rasa sedih dan berdukacita.
Salah satu doa ma’thur diriwayatkan Abu Daud dan diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada kita agar dijauhkan daripada perasaan keluh kesah dan dukacita seperti di bawah ini. Selamat beramal.
terimakasih pada Dr Azizan dan team Richworks..banyak memberi inspirasi buat saya..
sama sama semoga dipermudahkan semua urusn Cik Puan Maimun. Kami Team Richworks sentiasa ada untuk anda semua