Kisah Seorang Pemburu Yang Kurang Bijak

Ada satu kisah tentang seorang pemburu yang pergi ke hutan untuk memburu bersama rakan dia. 

Apa yang dia lakukan adalah sedikit pelik kerana dia mengangkat senapang untuk menembak tetapi beliau memejamkan matanya sambil bercakap dengan temannya, “Aku harap aku akan dapat tembak sebarang haiwan buruan!”.

Lantas dia terus-terusan menembak dengan mata yang dipejam tanpa mengetahui dengan jelas samada ada haiwan buruan di hadapannya atau tidak. Akhirnya pelurunya pun habis dan beliau keletihan tanpa dapat menembak seekor haiwan pun.

Sebenarnya inilah cara bagaimana ramai orang hidup hari ini. Mereka melakukan banyak perkara bertahun-tahun tanpa mengetahui dengan jelas apakah matlamat dan sasaran yang mereka cuba capai!

Mereka bekerja dan bekerja atau berniaga dan berniaga tanpa tahu atau jelas dengan sasaran atau matlamat yang cuba mereka capai. Dan tanpa sebarang peningkatan.

Hidup ini singkat dan misi mencapai kejayaan di dunia serta akhirat perlu strategi dan sistem yang tepat agar ia tidak sia-sia. Peluang anda hanya sekali, cari erti sebenar hidup anda, bukan sekadar jawapan cliche hidup untuk akhirat kerana sebelum akhirat, kita kena tempuh dunia dahulu bukan?

So, bagaimana nak design dunia anda agar anda dapat redha-Nya dunia dan akhirat serta gunakan diri, keluarga, kerjaya, bisnes dan tanggungjawab kita untuk capai redha dan barokah-Nya.

Apa yang orang cakap tentang kita tidak penting tetapi apa yang kita buat serta apa manfaat yang kita bawa itulah yang Allah SWT nilai Insha Allah! Selama kita hidup ini, adakah kita ini ada manfaat?

Usah terus menjadi seperti kisah pemburu di atas ini!

Semoga anda dan kita semua mendapat limpahan keberkatan dan rahmat Allah SWT terutamanya pada hari Jumaat yang barokah ini. Jom perbanyakkan selawat dan sedekah Insha Allah.



Leave a Reply