5 Halangan Kejayaan Anda

Apa cita-cita anda? Pernah anda senaraikan apa diimpikan, kereta jenama apa, rumah besar mana di lokasi mana, nak pergi umrah dan haji bersama siapa dan bila dan apa-apa sahaja impian yang anda ada?

Kesilapan manusia dalam memburu impian ialah mereka tidak pernah menulis impian mereka. Pakai ingat-ingat sahaja. Jadi, mula menulis impian dari sekarang ya.

Selain itu, anda juga perlu tahu apa perkara yang menghalang seseorang untuk berjaya. Halangan kejayaan ini mungkin anda tak sedari lagi sebenarnya bermula daripada diri sendiri.

5 perkara yang jadi halangan kejayaan anda :

  1. Ego

Mereka tidak mahu belajar dan merasakan diri sudah hebat. Sikap ego akan membawa kita pada kegagalan. Mereka yang ego juga terlalu yakin pada diri sendiri dan tidak suka mendengar nasihat dari masyarakat sekeliling. Ini kerana, mereka percaya bahawa mereka tahu semua perkara.

  1. Mudah berputus asa

Orang yang mudah berputus asa akan sentiasa gagal dan susah untuk berjaya. Ini kerana, mereka melakukan setiap pekerjaan separuh jalan. Apabila sesuatu pekerjaan yang dilakukan gagal, mereka terus berhenti melakukannya. Mereka tidak cuba untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

  1. Takut untuk gagal

Mereka takut mengambil risiko untuk gagal walaupun perniagaan tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk dikomersialkan. Mungkin kerana, kegagalan akan menyebabkan mereka rugi. “Jangan takut gagal kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah”, HAMKA

  1. Tidak bersungguh

Mereka tidak bersungguh untuk mengubah hidup sendiri. Sekiranya mereka tiada kesungguhan, mereka tidak mempunyai kekuatan mental yang dapat memastikan kejayaan dalam perniagaan. Jangan biarkan perkara ini menghalang impian dan cita-cita anda dari terus berjaya.

  1. Kurang komited

Sekiranya mereka tidak komited dalam perniagaan, akan menyebabkan hilang fokus untuk berjaya. Ini kerana, ia akan menjadi sia-sia dan diibaratkan seperti hangat-hangat tahi ayam.

Ramai orang mahu berjaya tapi tak faham, kenapa asyik tak jadi sahaja apa yang diusahakan. Semuanya macam separuh jalan. Di dalam Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 – 28 Mac 2021, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsi banyak tips dan ilmu bagaimana anda boleh berjaya mencapai impian dan yang paling penting beliau akan membantu anda mengenal pasti apa yang buatkan anda tak berjaya selama ini.

Semoga anda terus bersemangat memburu impian disamping menyaksikan perubahan dalam hidup ini.



Leave a Reply