- 12/03/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Kisah Inspirasi
Seorang billionaire dan usahawan berjaya, Richard Branson mengetuai Kumpulan Virgin Ltd. dulunya berdepan kesusahan di sekolah ekoran mengalami disleksia iaitu sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku kepada kanak-kanak.
Meskipun dalam keadaan itu, dengan cabaran yang ada beliau berjaya menghadapinya. Ketika gagal di sekolah, beliau boleh saja mengalah namun menggunakan kelemahannya sebagai kekuatan.
Branson belajar suka kepada semua melalui dileksia yang kemudian menjadi prinsip bisnes ketika beliau mengasaskan syarikat multinasional Virgin.
Semua orang ada potensi, seperti beliau dulunya berdepan masalah dileksia namun tiada siapa dapat menjangkakan Richard Branson akan menjadi pelopor bagi syarikat muzik global, video game, penerbangan dan projek angkasa.
Menurutnya, setiap orang boleh menulis masa depan yang bagaimana dimahukan dan dicapai. Tiada sesiapa dapat melakukan buat pertama kali dengan betul dan itulah cara kita dapat belajar daripada kesilapan yang akan menentukan siapa anda. Kita semua layak untuk mendapatkan peluang kedua.
Branson dalam blognya ada berkongsikan 10 rahsia untuk berjaya yang boleh digunakan oleh semua tidak kira anda merupakan Founder syarikat mahupun hanya bekerja sambilan atau seorang intern.
10 rahsia kejayaan Richard Branson :
1. Ikuti impian anda
“Mereka yang meluangkan masa dalam kerja bagi perkara yang disukai kebiasaannya akan seronok dalam hidupnya. Malah mereka juga yang sanggup mengambil risiko dan mengejar impian,” jelasnya.
2. Buat kebaikan kepada orang lain
Menurutnya, jika anda tidak membuat sebarang perubahan positif kepada hidup orang lain maka anda tidak perlu jalankan bisnes. Hal ini bukan saja tertakluk kepada individu malah syarikat secara keseluruhannya.
3. Percaya kepada idea sendiri
“Jika anda tidak bangga dengan idea dan percaya dengan pelan anda, kenapa perlunya orang lain?” ujar beliau.
4. Berseronok
Mengikutnya, rasa fun atau seronok merupakan antara bahan paling penting dalam mana-mana bisnes berjaya.
“Jika anda tidak berasa seronok, mungkin tiba masanya untuk cuba perkara yang lain,” ujarnya.
5. Jangan putus asa
Dalam perjalanan beliau sama ada memulakan bisnes, terbang ke seluruh dunia dengan belon dan berlumba di lautan, terdapat masa di mana jalan termudah adalah untuk mengalah.
Jelas Branson, dengan tidak mengalah membuatkan dirinya berjaya mencapai kejayaan dalam aspek peribadi dan profesional.
6. Sentiasa mencari cabaran baru
Tulis setiap idea yang ada, tak kira kecil atau besar dan cabar diri sendiri untuk melakukannya. Anda tak tahu apa yang akan berhasil kelak.
7. Belajar untuk agihkan kerja
Anda tak perlu melakukan semua perkara sendiri. Belajar untuk tak melakukan semua perkara ini sukar.
“Jika anda jumpa orang yang boleh melakukan tugas-tugas yang anda tak berapa bagus, ia dapat berikan masa untuk merancang bagi masa depan,” ujarnya.
8. Jaga team
Kejayaan team anda penting bukan hanya soal kejayaan diri sendiri. Branson memberitahu, jika staf anda berasa gembira dan ambil berat satu sama lain, maka mereka akan seronok dengan kerja dan akan lakukan lebih baik.
9. Bercuti
Mengambil masa untuk berehat dari kerja juga memberikan peluang untuk anda tenang dan recaj semula. Ia dapat menghilangkan burnout atau lesu upaya malah membantu melonjak peluang anda untuk bangkit.
10. Buktikan mereka salah apabila ada cakap buruk pasal anda.
Untuk berjaya, anda perlu bersedia dikritik dan ditiru.
“Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah bukan hanya mengabaikannya, namun buktikan merela salah dalam setiap sudut,” kata Branson.