6 Kenyataan Yang Manusia Sering Nafikan

Tanpa sedar mungkin anda pernah cakap dan katakan 6 kenyataan ini namun sering nafikan dalam kehidupan seharian ini. Jom lihat kenyataan-kenyataan di bawah ini.

1.  Saya tak tahu nak bermula dari mana?

Ramai orang kata, mereka nak buat itu, buat ini, capai itu capai ini tapi tak tahu nak bermula dari mana. Alasan ini buatkan mereka rasa lega. Konon-kononnya sebagai sesuatu yang beri kepastian kepada mereka bahawa mereka sebenarnya nak berjaya tapi mereka tak tahu nak bermula dari mana.

Mulakan sahaja dari mana-mana. Yang penting anda bermula. Kemudian, setelah bertindak secara konsisten, anda akan mula nampak di mana yang perlu diperbaiki dan mula faham tentang prosesnya. Ramai orang nak berjaya tapi gagal memulakan usaha untuk berjaya.

Contoh, jika anda nak mula berniaga, anda tak perlu tunggu nak sewa kedai, tunggu produk jenama sendiri siap dikeluarkan, mulakan sahaja dengan apa yang ada di tangan.

2.  Saya akan mula bertindak esok!

Satu kenyataan yang sering digunakan dan dijadikan alasan. Ramai orang tak berjaya nak capai impian sebab mereka rasa esok masih ada. Mereka tertipu dengan cita-cita yang ada dalam diri mereka dan kepercayaan bahawa esok masih ada untuk mereka mulakan tindakan atau esok adalah hari terbaik untuk mereka bertindak.
Hakikatnya, kita tak pasti langsung jika kita ada esok. Jika ada, adakah kita pasti kita akan mula berusaha esok atau kita akan ada perkara lain yang lebih penting dari kejayaan kita sehingga kita tangguhkannya ke hari esok lagi.
Mulakan dengan buat senarai 3 perkara yang anda ingin lakukan hari ini, perkara yang boleh bantu anda berada lebih dekat dengan kejayaan yang anda mahukan. Jika anda mahu mulakan perniagaan, anda mungkin boleh mulakan dengan kenalpasti perniagaan apa yang anda mahu lakukan, kenalpasti pelanggan dan juga mungkin boleh sediakan FB Page dan lain-lain.

3.  Saya tak bersedia untuk berjaya

Apa yang kita fikir, itulah yang akan terjadi kepada kita. Sebenarnya, tiada sesiapa pun di dunia ini bersedia untuk berjaya. Kadang-kadang, kita rasa kita tak bersedia untuk berjaya tapi hakikatnya kita tak bersedia nak hadapi cabaran yang boleh membawa kita kepada kejayaan.

Bila kita NAK berjaya, kita kena ubah cara kita bertindak, kita perlu korbankan beberapa perkara, dan termasuk perlu korbankan keselesaan kita. Dan, inilah antara sebab yang kita tak sanggup lakukan dan akibatnya kita menggunakan alasan kita tak bersedia untuk berjaya.

 4.  Dah terlambat, saya dah terlepas peluang

Tiada satu manusia pun tahu bila mereka akan berjaya dan bila mereka patut mulakan proses untuk berjaya. Tak pernah tercatat di mana-mana pun, satu tarikh, satu tahap umur atau satu masa bila seseorang sepatutnya mulakan proses untuk berjaya dan bila kejayaan itu akan kita capai.

Manusia selalu beri alasan kepada diri sendiri bahawa dah terlalu tua, dah terlambat, dah ramai orang berjaya di luar sana, dan ini semua akan meletakkan satu had parameter kepada kejayaan kita.

Yang penting ialah kita betul-betul NAK berjaya dan kita sanggup berusaha untuk capai apa kejayaan yang kita mahu. Manusia tak pernah terlambat nak capai kejayaan selagi kita masih bernyawa. Kita hanya terlambat bila kita dan meninggal dunia, tak ada apa yang boleh kita lakukan lagi.

5.  Saya tak ada masa

Ini adalah merupakan penafian yang paling selalu kita gunakan dalam hidup. Semua orang diberikan 24 jam tetapi bagaimana mereka yang ternama berjaya menggunakan 24 jam yang mereka anda untuk mencipta kejayaan dan kenapa kita menggunakan 24 jam yang kita ada untuk cipta alasan? Itu sahaja persoalannya.

Masalahnya, ramai orang tak tahu nak menyusun masa mengikut keutamaan. Mereka tak tahu apa perkara penting yang perlu mereka lakukan dan dahulukan dan mereka juga selalu terjebak dengan perangkap media sosial yang selalunya mengambil sebahagian besar dari masa yang kita ada.

Cuba kenalpasti dan dahulukan perkara-perkara yang bantu anda untuk capai apa yang anda mahukan. Lakukan dan siapkannya terlebih dahulu. Tukar sikap anda dalam menguruskan masa.

Jangan mudah diperdayakan dengan media sosial dan hiburan kosong. Ianya memang menyeronokan tapi ianya akan menelan masa yang sepatutnya kita gunakan untuk buat tindakan ke arah kejayaan.
 

6.  Kawan-kawan bukan faktor penghalang kejayaan saya

Selalunya kita tak sedar bahawa orang disekeliling kita banyak mempengaruhi hidup kita. Cuba anda lihat kepada orang di sekeliling anda? Mereka sebenarnya penentu tahap kejayaan anda. Menurut pakar-pakar psikologi di barat, kejayaan hidup manusia dipengaruhi oleh 5 hingga 10 orang yang rapat di keliling anda.

Selalunya manusia akan berasa selesa hidup dikelilingi dengan orang yang sama dengan mereka dari segi tahap kehidupan. Ada jugak yang selesa hidup dikelilingi oleh mereka yang kurang berjaya dari diri mereka. Ianya membuatkan mereka rasa diri mereka lebih hebat dari orang disekeliling.

Jika anda betul-betul mahu berjaya, anda akan pastikan diri anda di kelilingi oleh orang yang lebih berjaya dari diri sendiri. Ini akan membuatkan anda akan berusaha lebih supaya anda sama berjaya dengan mereka.

Ada akan terdorong untuk berjaya sama seperti mereka bahkan mahu belajar dari mereka bagaimana mereka mencapai kejayaan. Anda mahu bermentor dengan mereka. Dan jadikan mereka sebagai ‘role model’.

Jom bertindak sekarang, jangan lagi terus memberikan pelbagai alasan dan kenyataan yang sering nafikan seperti di atas ini. Berikan peluang kepada diri anda untuk berubah dengan sertai program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Ubah Hidup 2021 pada 26 – 28 Mac 2021.

Program ini telah membantu ramai orang dengan langkah demi langkah dan proses untuk anda mengubah kehidupan ini. Ia adalah pilihan anda sendiri, tiada sesiapa dapat ubah hidup anda jika diri sendiri tidak mahu berubah.



Leave a Reply