Nekad Bagi Usahawan. 100 darjah Celsius

Anda pernah alami keadaan yang bersemangat melakukan sesuatu tiba-tiba semangat itu hilang atau potong disebabkan pelbagai cabaran? Atau semangat pudar perlahan-lahan dan ke laut!

Perkara di atas ini berkaitan dengan satu tahap yang menjadi titik penting yang akan melonjakkan kita berkali ganda untuk komited mencapai apa sahaja yang kita inginkan.

Perkataan yang mengambarkan perkara tersebut ialah nekad.

Apa itu nekad? 

N – Niat

E – Emosi

K – Komited

A – Action

D – Doa 

Ia adalah tahap ibarat titik “boiling point” air yang kita masak itu cukup mendidih serta kuat tenaganya dan seterusnya ia mula bertukar menjadi wap.

Mesej yang cuba disampaikan di sini adalah setiap orang ilmu yang diterimanya mungkin sama, tetapi yang membezakan sama ada seseorang itu akan ‘Bertindak Luar Biasa’ atau tidak adalah sangat bergantung kepada tahap NEKAD / Boiling Point dalam dirinya.

Tenaga Boiling Point itulah yang akan menekan dirinya untuk melakukan tindakan dengan nekad sehingga berjaya walau apa pun cabaran yang mendatang.

Untuk capai tahap emosi mendidih ini, ia bukan secara tiba-tiba hadir! Setiap mereka yang berjaya akan mempunyai salah satu atau kedua-dua faktor “pendidih” emosi mereka.

Sama ada faktor tertekan/kebengangan atau inginkan pencapaian/keseronokan.

Ia adalah proses jatuh bangun berkali-kali atau bertahun-tahun tersimpan yang “membakar” emosi mereka sama ada dari segi tekanan kehidupan, kewangan, melibatkan maruah, masa, kasih sayang atau ia melibatkan keinginan untuk mencapai matlamat lebih tinggi dalam setiap aspek kehidupan.

Tahap “Boiling Point” setiap orang berbeza tetapi peluang mereka yang selalu jatuh dan berulang kali jatuh sepatutnya menjadikan setiap kejatuhan dan kegagalan sebagai himpunan kekuatan emosi untuk jadi lebih baik.

Bagaimanapun dengan mempunyai MenThor, ilmu, sistem atau strategi yang betul, ia akan memudahkan proses mencapai apa yang bangsa usahawan inginkan.



Leave a Reply